KERAJAAN HARAM ANGKAT SUMPAH ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan haram negeri Perak yang ditubuhkan sebentar tadi merupakan kerajaan haram kerana ia dibentuk dalam keadaan tidak ketentuan kerana Speaker DUN Perak mendakwa bahawa 3 kerusi ADUN yang menyokong BN adalah kosong. Jadi bilangan kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 kerusi masing-masing.
Notis kekosongan ketiga-tiga DUN tersebut telah dihantar kepada SPR. Kerusi-kerusi tersebut ialah Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
BN menubuhkan kerajaan haram tersebut apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai 'menteri besar' Perak, memimpin kerajaan BN pada jam 4.00 petang tadi.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kerajaan tersebut adalah kerajaan haram kerana merampas hak kerajaan PR yang masih berkuasa.

Comments

Tinta Rakyat said…
Satu lagi Projek Barisan NAZIonal
Asalamualaikum,

Rakyat Perak dan seluruh Malaysia marilah berkabung atas kematian demokrasi
dan berdoalah kuasa kepada rakyat untuk memilih di kembalikan serta merta.

InsyaAllah MB Nizar akan kembali berkuasa.

Ameen.
Anonymous said…
Saya tertunggu-tunggu ulasan daripada SS Mufti Perak yang lantang itu tentang mengapa TG Dato' Nik Aziz kata kerajaan negeri BN yang baru angkat sumpah itu kerajaan HARAM?

Bagi saya, jika tindakan 4 katak berwajah manusia yang lompat itu membawa kepada kemudaratan seperti keadaan tidak menentu, barang MB Nizar dicuri, kaum Cina mula marah dan membawa kerosakan kepada rakyat Negeri Perak seperti rakyat bencikan raja dan kerosakan kepada agama Islam seperti FRU tembak gas ke masjid Ubaidullah ia jatuh HARAM. Saya melihatnya daripada sudut perundangan Islam moden yang dinamakan 'Masalih Mursalah'.
orang ulu said…
Kerajaan haram Perak tak panjang usia. Rakyat mengundi PR dengan 55% sedangkan BN 45%. Cuma 3 ekor katak je yang berpindah ke lubuk BN.Mana dia keadilan? Rakyat mengundi PR, BN jadi pemerintah.