RAKYAT MENANGIS, MASJID DISEMBUR DENGAN GAS

Laporan Malaysiakini
kemaskini 3.36pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi. Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
kemaskini 3.33pm Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.
kemaskini 3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak. Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.
kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.
kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu. Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.
kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.
kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

Comments

Anonymous said…
rakyat menangis sebab kebodohan melayu sendiri ditipu zionis anwar...
azreen said…
mengapa mesti merusuh..

sedangkan anwar bersenang lenang..
Anonymous said…
hahahaha...anwar jugak yang pandai. Dok ofis aircond bagi press statement...selesa, tak kena pun gas2 ni, sejuk jeeee..apa dia temberang lagi pasti akan disahut dengan laungan Allah Huakbar....Bodohnya penyokong PAS ni. Dah kena main dengan PKR pun tak sedar2.Orang lain semua salah, aku yang terjun longkang ni yang betul...hahahahahahah
Anonymous said…
betul betul..puak2 balaci anu ar juburi hanya tau cara barbarian ngan pagan jaa...tau demo jaa..
yang hangpa dok merosak kesucian masjid tu buat apa!!!
anuar dok senang lenang hangpa jugak dok tahan sakit nanti...bahlol...
Tahniah FRU yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi!!!