ADUN KATA BELUM LETAK JAWATAN, SPEAKER TELAH TERIMA SURAT, MANA YANG BETUL? ~ Ref Malaysiakini

ADUN Behrang yang juga Exco kerajaan negeri Perak, Jamaludin Mohd Radzi menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN kawasan tersebut. Sedangkan Speaker DUN Perak V Sivakumar mengesahkan beliau telah menerima surat tersebut petang tadi. Kini timbul persoalan mana satu yang benar?
Jamaludin mendakwa surat perletakkan jawatan yang difaks kepada Sivakumar hari ini adalah surat lama tidak bertarikh yang disediakan untuk semua ADUN PKR selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu sebagai persediaan jika ada yang ingin melompat parti.
Kini DUN Perak berada dalam ketidaktentuan. Jika benar dakwaan Jamaluddin maka PR mesti mendapatkan nasihat peguam adakah surat yang difaks kepada Sivakumar 'valid' atau tidak. Jika ianya 'valid' maka sudah pastilah suatu pilihanraya kecil akan dilangsungkan.
Apa yang menarik Jamaludin juga mengaku bahawa beliau masih ADUN PKR dan tidak menyertai Umno.
Saya menjangkakan ini adalah taktik Jamaludin untuk mempastikan supaya beliau dapat menyertai Umno tanpa melepaskan jawatan ADUNnya. Jadi beliau akan mencabar keputusan Speaker yang akan memberikan notis kepada SPR esok bahawa kerusi Behrang dan Changkat Jering telah dikosongkan.
Menurutnya beliau akan meminta nasihat peguam untuk mencabar keputusan Speaker.
Terbukti bahawa Jamaludin sudah menunjukkan sikapnya yang sebenar iaitu menentang kerajaan PR. Jika beliau masih ikhlas bersama PR sudah tentu beliau hadir dalam pertemuan dengan pimpinan PR sejak beberapa hari lalu. Malangnya beliau menghilang selama 5 hari dan baru hari ini beliau muncul
Kita tunggu babak seterusnya. Kemelut politik Perak ini amat menarik untuk diikuti seterusnya/

Comments