DUN PERAK TAK JADI BUBAR? ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar memanggil sidang akhbar penting jam 1.00 petang ini. Segalanya akan terjawab pada sidang akhbar tersebut.
Dalam kenyataan media yang disiarkan oleh sebuah portal internet hari ini Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan bagi mengadakan pilihanraya negeri manakala pemangku bagi dua jawatan exco yang kosong akan ditentukan Jumaat ini.

Beliau berkata kerajaan negeri Perak tidak akan membubarkan DUN walaupun kerajaan negeri tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Saya yakin tindakan untuk tidak membubarkan DUN Perak dalam sehari dua ini mencerminkan keyakinan PR bahawa keraajaannya masih stabil dan mampu bertahan walaupun sekarang ini mereka hanya mempunyai majoriti 1 kerusi. Situasi ini berlaku dengan mengambil kira kedua-dua bekas Exco iaitu Jamaludin Md Radzi dan Osman Md Jailu sudahpun menyokong BN walaupun mereka tidak mengakuinya.
Namun saya yakin kerajaan PR juga sudah mempunyai perancangan rapi untuk menghadapi situasi genting ini. Sudah semestinya mereka mempunyai Pelan A, Pelan B malah mungkin juga pelan C dan D.
Saya mendoakan kita semua iaitu penyokong perjuangan Islam, keadilan, kebaikan dan perjuangan rakyat tetap teguh berada di belakang pimpinan kita yang sudah tentu mempunyai pandangan jauh dan perancangan bagi menghadapi serangan jahat dari pihak musuh.

Comments