BN TAWAR UNTUK BENTUK KERAJAAN, SPEAKER MAKLUMKAN KERUSI JELAPANG KOSONG ~ Ref Malaysiakini

Arkitek kepada kerja jahat BN untuk menumbangkan kerajaan PR Perak, Najib Razak mengumumkan bahawa BN telah memperolehi majoriti di DUN Perak dengan kemasukan 4 orang ADUN PR menyertai BN. Mereka ialah ADUN Behrang, Jamaludin Mohd Radzi; ADUN Changkat Jering, Osman Mohd Jailu; ADUN Jelapang Hee Yit Fong dan ADUN Bota Nasaruddin Hashim. Dengan itu menurutnya BN memperolehi 31 kerusi berbanding PR 27 kerusi.
Najib mengumumkan bahawa BN akan membentuk kerajaan negeri yang baru. Menurut Najib 3 orang ADUN tersebut telah memaklumkan kepada Sultan bahawa mereka sudah menyertai BN.
Sementara itu Speaker DUN Perak, YB V Sivakumar pula menghantar notis kepada SPR bahawa kerusi ADUN Jelapang kosong.
Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaludin pula masih menghadap Sultan Perak memohon perkenan untuk membubarkan DUN Perak. Beliau dibenarkan mengadap kira-kira jam 4 petang tadi.
Situasi ketidaktentuan terus menyelubungi politik Perak.
Perkembangan terkini bakal menyusul.

Comments