CHANGKAT JERING ADA NOSTALGIANYA ~ Ref Malaysiakini

Kalau PRK Kuala Terengganu baru-baru ini mengembalikan nostalgia lama saya kepada Chendering yang pernah saya diami selama setahun pada tahun 1999-2000, Insya Allah PRK Changkat Jering juga akan mengimbau kembali sejarah silam saya.

Saya pernah datang ke Changkat Jering membawa misi penting pada tahun 1996 dahulu. Kalau tidak silap saya saya pernah melawat Kampung Bukit Chempedak yang letaknya di dalam DUN ini. Saya pasti kalau sahabat saya Mohamad Ismail (Bekas calon DUN Guar Chempedak Kedah pada PRU 12) membaca kisah ini beliau pasti tersenyum.

Tuan-tuan juga ramai yang mempunyai nostalgia di DUN Changkat Jering ini kerana sebelum ini satu PRK pernah dijalankan di sini di mana Ustaz Idris Ahmad bertanding menentang bekas wakil rakyat BN yang tewas pada PRU ke 12 lalu iaitu Isa Ismail.

Antara kampung lain yang masih terpahat di dalam ingatan saya ialah Kampung Jaha, Kampung Bendang Siam, Kampung Changkat Ibul dan Bukit Gantang.

Sahabat saya Adnan Rahman berasal dari Kampung Jaha, Khairul Akmal dari Kampung Bendang Siam dan Idris Zakaria dari Kampung Changkat Ibul.

Saya masih ingat kami sekereta pernah menziarahi rumah Idris Zakaria (Bekas calon PAS PRU 2004) untuk mengambil gambar besar beliau untuk urusan percetakan poster pilihanraya kampus sessi 91/92.

Idris, saya, Zainal Abidin Hussein (IKS Kelantan), Hj Hashan Aladi Hj Ahmad (Timbalan Pengarah PASTI Pusat), Roslan Rashid, Budiman Radzi, Maimun Harun, Norliza Sajad, Wan Abdul Latif, Bodurol Hisam dan lain-lain bersama-sama bertanding pada Pilihanraya Kampus kami sessi 1991/1992. Kami gagal mencapai kemenangan majoriti pada sessi tersebut tetapi sahabat kita Budiman Radzi dilantik menjadi Presiden atas strategi licik yang kita buat. Saya sendiri menang tanpa bertanding pada pilihanraya kampus tersebut.

Comments

MemberUSM said…
Ingat juga engko kat aku nooo...
Nampaknya nostalgia lama tersingkap kembali... Harap berjumpa lagi di PRK Changkat Jering nanti meski dalam suasana yang berbeza, namun insya Allah semangat perjuangan masih tetap seperti dulu...

Khairul
Anonymous said…
kpg jaha kapg aku jgk,aku pun ahli pas kpg jaha,,,
kpg jaha mmg byk ceritanya,,,antaranyamasa pilihanraya baru2 ni,
fuh bersaing hbttp sehebat manapun pihak lawan,namun mereka ttp tewas,kerana mereka lupa yg mereka hanya manusia...manusia xdpt lwan dgn kuasa tuhan...btl x rakan2 semua...



yobtpg@yahoo.com.my(ajk pas kpg jaha)