TERKINI : DUN PERAK : NIZAR PULA DIMINTA MENGHADAP ~ Ref Malaysiakini

YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pula diminta mengadap Paduka Seri Sultan Perak selepas Najib dan ADUN-ADUN BN dan Bebas berbuat demikian sebelum itu.

Beliau bergegas ke Istana pada jam 11.25 pagi selepas di minta menghadap Tuanku Sultan. Nizar sampai di Istana Kinta pada jam 12.45 tengahari tadi.

Najib seeblum itu tiba di Istana Kinta pada pukul 9.55 pagi dan kali kedua pukul 10.55 pagi.

Tidak dapat dipastikan samada Nizar masih berada di Istana atau telah keluar.

Comments

kicap said…
kuat betul tendangan katak-katak ini melompat hingga tersungkur kerajaan PR.

kembalikan kuasa kepada rakyat insya Allah semuanya akan kembali tenang.