SUMPAH JADI SENJATA BARU UMNO/BN ~ Ref Malaysiakini

Sumpah nampaknya menjadi 'senjata' baru pemimpin Umno untuk membersihkan diri. Terfikir di dalam kotak mindaku apakah ini akan terus digunakan oleh mereka untuk menyelamatkan segala kerja jahat, kotor, jijik, penyelewengan dan lain-lain yang didakwa dilakukan oleh mereka.

Bagi mereka bersumpah tidak menjadi hal mereka asalkan sebahagian rakyat 'terpukau' dengan sumpah mereka. Sekurang-kurangnya ramai yang akan percaya kepada mereka, itu niat dan hajat dalam hati mereka.

Maka selepas ini sudah tentu deretan sumpah akan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dengan meneladani perbuatan Imam Hadhari no 2, Najib yang bersumpah bahawa tidak mengenali Altantuya semalam. Imam Hadhari no 2 tersebut bersumpah di sebuah masjid di Parlimen Permatah Pauh dalam usaha untuk menangkis dakwaan bahawa beliau mengenali AkTantuya.

Jadi saya rasa selepas akan ada pemimpin Umno yang bersumpah tidak mengenali si polan, bersumpah tidak makan suap, bersumpah tidak mengamalkan politik wang, bersumpah tidak pernah berjumpa dengan Si Polan dan seribu satu macam sumpah demi untuk meneruskan kesinambungan kuasa dan pangkat yang sedang disandang mereka sekarang.

Selepas ini ramailah pemimpin Umno yang belajar bersumpah untuk menyebut kalimah-kalimah sumpah supaya betul 'makhraj' dan hukum tajwidnya. Walaupun mungkin ada yang akan tergeliat lidahnya untuk menyebut kalimah sumpah dalam Bahasa Arab tetapi mesti berusaha juga agar tidak ada yang gelakkan mereka semasa bersumpah nanti.

Saya cadangkan Umno dan kerajaan BN menubuhkan suatu Jabatan Sumpah di bawah JAKIM untuk menguruskan hal sumpah ini. Umno pula boleh tubuhkan Biro Sumpah dan Imam Hadhari No 2 boleh mengetuainya kerana beliau merupakan pengasas atau 'founder' kepada sumpah ini.

Comments