PMTG PAUH : PELUANG ARIF SHAH MAKIN GELAP, PEMIMPIN GERAKAN SECARA TERBUKA SOKONG ANWAR ~ Ref Malaysiakini

Sejak hari perletakkan jawatan Wan Azizah sehingga ke saat ini, tidak ramai yang meramalkan BN akan memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Malah telahan ini diperkuatkan lagi dengan jumlah kehadiran penyokong Pakatan Rakyat yang begitu ramai semasa hari penamaan calon. Di anggarkan sekitar 15,000 hingga 20,000 penyokong PR yang hadir berbanding penyokong BN yang diupah yang berjumlah antara 5,000 hingga 8,000 sahaja.

Setelah pengumuman calon dibuat oleh BN kekalahan mereka semakin hampir kerana calonnya, Arif Shah Omar Shah langsung tidak dapat menandingi karisma, pengalaman, kredibiliti dan personaliti calon PR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Satu lagi faktor yang diharapkan oleh BN untuk menolong mereka iaitu Umno mengharapkan keretakan di dalam PR juga tidak menjadi kenyataan. Malah PAS semakin tegas menyatakan bahawa PAS akan tetap bersama PR dan tidak berniat langsung untuk bersama BN. PAS akan turun habis-habis dalam kempen membantu PKR di Permatang Pauh. Arahan jelas itu disampaikan sebelum muktamar dan semasa muktamar berlangsung.

Semalam BN sekali lagi menerima tamparan hebat, apabila pemimpin Parti Gerakan Pulau Pinang, Dr Toh Kin Woon (gambar) secara terbuka menyokong Anwar. Beliau sendiri turun melawat bilik gerakan PKR di Permatang Pasir. Toh berkata, beliau sangat yakin kepada Anwar dalam memperkuatkan suara pembangkang dan peluang untuk mempertingkatkan demokrasi dan memperluaskan semangat demokratik.

Jadi kalau pemimpin Gerakan yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini sudah menyokong Anwar, saya rasa rakyat terutama kaum cina dan ahli-ahli Gerakan sudah tentu akan memberikan undi kepada Anwar.

Kasihan Arif Shah, bersedialah kamu dengan 'kain kapan' untuk dikapankan pada 26 Ogos ini.

Comments