AHLI UMNO AYUH MASUK PAS ~ Ref Malaysiakini

Saudaraku ahli Umno,

Saya menyeru sekalian ahli Umno seluruh Malaysia khasnya di Melaka supaya sama-sama memerdekakan diri dari belenggu Umno dengan menyertai PAS. Ini kerana jelas sekarang ini Umno bukanlah parti yang bergerak atas landasan Islam dan demokrasi sebenar.

Sudahlah Umno jauh menyimpang dari Islam, demokrasi sendiripun Umno tidak menurutinya.

Saudaraku ahli Umno,

Cuba saudara lihat negara kita yang diperintah oleh BN/Umno sejak 51 tahun dulu. Rasuah semakin parah, murtad berlaku, maksiat semakin parah, anak luar nikah semakin ramai, pemuda-pemudi semakin suka kepada maksiat, jenayah meningkat, rakyat menderita kerana kenaikan harga minyak dan barangan, biasiswa untuk anak-anak kita sudah tiada, ekonomi orang Islam dan Melayu semakin teruk, agama dikesampingkan, Bahasa Melayu dianaktirikan dan seribu satu masalah lain. Semuanya gara-gara pemimpin Umno yang menjauhi Islam dan mementingkan diri sendiri.

Saudaraku ahli Umno,

Cuba saudara lihat dan kaji latarbelakang pemimpin-pemimpin Umno (tak payah saya sebut nama mereka saudara pun tahu), rata-rata mereka, anak, menantu dan kaum kerabat mereka kaya raya dengan rumah besar, kereta besar, projek besar, business besar dan macam-macam lagi. Ada yang rumah mereka sampai 16 bilik, nilainya puluhan juta ringgit, mana mereka dapat duit???? Adalah ini selaras dengan ajaran Islam.

Cuba saudara lihat dan kaji perlembagaan Umno, adakah Umno meletakkan Al Qur'an dan Sunnah serta Ijma' & Qias sebagai hukum tertinggi di dalam Umno. Tidak ada saudara ku.

Cuba saudaraku lihat gelagat pemimpin Umno, terutama pemimpin wanita dan puteri serta isteri dan anak-anak pemimpin Umno adakah pakaian mereka menepati kehendak Islam. Sebagai pemimpin, akhlaq dan kelakuan mereka sudah tentu akan mencerminkan rupa sebenar dan halatuju sebuah parti. Ini membuktikan bahawa Umno tidak mementingkan suruhan agama sehingga perkara aurat itupun belum beres.

Cuba saudaraku lihat gelagat pemimpin Umno yang berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan sehingga mengamalkan rasuah (politik wang). Sudah banyak aduan malah pada pemilihan lalu Naib Presiden Umno pun terlibat dengan rasuah. Kali ini sudah banyak laporan dibuat terhadap perjalanan mesyuarat agung cawangan yang menimbulkan kekecohan dan pergaduhan. Semua gara-gara tamakkan kuasa kerana mereka tahu dengan jawatan tersebut mereka boleh mengumpul kekayaan.

Banyak lagi yang ingin saya perkatakan (akan saya sambung nanti), namun saya yakin fakta-fakta di atas sudah cukup untuk saudaraku berfikir dan insaf untuk kembali kepada perjuangan Islam bersama PAS. Hidup kita tidak lama saudaraku, apa guna kita berjuang di dalam parti yang sesat lagi menyesatkan.

Jadi marilah saudaraku sekelian bersama-sama dengan kami berjuang di dalam PAS untuk mendaulatkan Islam. Islam selamat Melayu, Cina, India semua selamat.

Comments

nor said…
Salam

Saya bersetuju dgn cadangan saudara sofi. Saya x berparti tp saya sentiasa mengikuti perkembangan politik. Walaupun di kalangan keluarga saya adalah org UMNO tp saya ada hak menilai mana yg patut saya contohi dan saya sedia mengorak langkah. Kepimpinan ULAMA menjadi idola saya dr dulu kini dan selamanya. Insyaallah saya akan masuk PAS...TAKBIR