PMTG PAUH : RABA, PUKUL, TAKTIK LAMA, CARI LAH TAKTIK BARU ~ Ref Malaysiakini

Pukul wartawan, jurufoto, raba dan sebagainya merupakan taktik lama BN untuk memburukkan pembangkang. Ingat kah kita kepada dakwaan BN terhadap Abe Jak sehingga kes selak kain tunjuk 'anu' tersebut di bawa ke mahkamah. Dalam dakwaan tersebut, seorang Puteri Umno mendakwa Abe Jak, selak kain dan tunjuk 'anu' kepadanya ketika kempen Pilihanraya Kecil Anak Bukit, Kedah. Akhirnya mahkamah memutuskan Abe Jak tidak bersalah.

Kini BN ingin memainkan semula 'lagu lama' ini semata-mata untuk mencalarkan reputasi Pakatan Rakyat. Tidak adakah cara lain untuk BN berpolitik. Ini bukannya masa untuk menipu, menfitnah dan sebagainya.

Masa kempen ini sepatutnya digunakan untuk memperkenalkan calon, menerangkan agenda calon, membentangkan agenda dan perancangan parti jika menang. Selain itu parti yang bertanding juga sepatutnya membentangkan 'track record' calon dan parti yang memerintah. Dengan itu parti lawan boleh membentangkan pula apa perancangan mereka untuk membetulkan perkara salah yang dilakukan oleh parti satu lagi.

Umpamanya kalau BN kerjanya menaikkan harga minyak, maka mungkin kali ini BN ingin menerangkan kepada rakyat bagaimana masalah kenaikan harga minyak ini ditangani. Atau mungkin BN ingin memohon maaf kepada Melayu Pulau Pinang kerana peratusan tanah milik Melayu di Pulau Pinang semakin kecil, dan BN ingin menebus 'dosa' mereka ini dengan langkah-langkah tertentu. Ini barulah kita katakan kempen secara professional, bukannya menabur fitnah, mendakwa dipukul dan diraba sana-sini. Tuduhan ini siapa pun boleh cipta di saat begitu ramai orang yang mengambil kesempatan sempena kempen pilihanraya ini.

Saya pun naik hairan dengan Umno dan BN yang sejak dari dahulu, kini dan selamanya tidak mahu berubah. Pemikiran mereka masih ditakuk lama seperti zaman Parameswara dahulu. Sepatutnya politik kolot seperti ini sudah lama dibuang di zaman orang bercakap tentang nano teknologi, IT, menghantar angkasawan dan sebagainya. Yang peliknya pemimpin Umno dan BN yang dikatakan cerdik dan bijak sama sahaja taraf pemikiran mereka dengan JKKK kampung dan Wanita Kemas yang kadang-kadang baca surat khabar pun terbalik. (Bukan niat untuk memperkecilkan mereka tetapi ingin menunjukkan bahawa orang cerdik pun tidak boleh berfikir dek kerana ketamakan kepada kuasa).

Comments

mrf said…
insiden meraba dan pukul memang taktik lama pembangkang untuk mencabul dan membelasah pihak lawan..cariklah taktik lain..guna bom C4 ker..baru puas hati..setakat raba-raba je apa dapat..dapat dosa ada la..
tu belum memerintah negara dah buat mcm-mcm..kalau memerintah negara??jahanam la negara..pkr ooohhh pkr..