PRK PENGKALAN KUBOR : PETUGAS PAS TERUS BERSEMANGAT

8.55 PAGI : Perayu-perayu undi PAS dilihat semakin bersemangat membuat rayuan terakhir sebelum pengundi masuk membuang undi di kesemua peti undi. Krew kami di Pengkalan Kubor melaporkan bahawa semua peti undi didominasi oleh perayu-perayu undi dari PAS dan jumlah mereka semakin bertambah.

Perayu undi dari PAS Kawasan Bukit Katil, Yassim Musa, 62 berkata mereka akan kekal menjalankan kerja-kerja merayu undi di situ sehingga masa pengundian tamat.

"Ini usaha terakhir kami setelah berpenat lelah berkempen beberapa hari lalu. Kami harap pengundi akan mengundi PAS" ujar beliau.

Yassim dan beberapa orang sahabatnya dilihat begitu bersemangat menjalankan kerja kerja merayu undi tersebut. 


Comments