PRK PENGKALAN KUBOR : 72 % PENGUNDI TELAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB

4.00  PTG : Jangkaan SPR bahawa 72 % pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di Pengkalan Kubor telah dicapai pada jam 4.00 petang tadi. Adalah dijangkakan kira-kira 75 % akan keluar mengundi sebaik sahaja pusat pengundian ditutup kira-kira 40 minit lagi. 

Sekarang di kesemua 11 pusat pengundian masih ada pengundi yang datang membuang undi terutama pengundi-pengundi yang tinggal di luar dari Pengkalan Kubor dan Kelantan. Ada juga pengundi yang terdiri petani dan nelayan yang pergi bekerja di sebelah pagi dan pulang mengundi sebaik sahaja tamat kerja mereka. 

Di Pusat Pengundian Simpangan dan Ketil, krew kami melaporkan bahawa masih ada pengundi yang keluar mengundi.

Sementara itu jentera Pilihanraya PAS mengingatkan petugas di setiap peti undi supaya sentiasa mengawasi pengundi-pengundi yang mencurigakan terutama di saat-saat akhir ini. Arahan ini dikuatkan lagi dengan penangkapan seorang pengundi yang mencurigakan di peti undi Bendang Pak Yong tengahari tadi.

Menurut sumber, pengundi meragukan itu ditangkap di pusat mengundi Bendang Pak Yong oleh anggota jentera pilihan raya PAS sebelum peguam Juham memeriksa kad pengenalannya dan menyoalnya.

Comments