Setelah Melaka membina beberapa projek yang gah dan besar-besar tetapi sesetengahnya menjadi Gajah Putih kini, Ketua Menterinya berangan-angan untuk membina jambatan terpanjang di dunia pula.
Dalam keadaan sekarang pun hutang Melaka mencecah lebih dari RM1 bilion, saya yakin jika jambatan itu pula dibina mungkin hutang Melaka meningkat berkali ganda. Hutang yang ada pun belum dilangsaikan bagaimana jika hutang itu terus meningkat nanti.
Mohd Ali dalam ucapan pada Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam Ke-9 yang diadakan 23 Disember lalu berkata, jika jambatan sepanjang 52 kilometer menghubungkan Melaka-Dumai dibina nanti ia akan muncul sebagai jambatan terpanjang di dunia.
Kos pembinaannya dianggarkan berjumlah US$11 bilion.
Dalam reaksi balas kepada cadangan Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Kerajaan akan mengambilkira segala aspek termasuk kesesuaian dan faktor ekonomi terhadap cadangan Kerajaan Melaka untuk membina jambatan yang merentasi Selat Melaka bagi menghubungkan Malaysia dan Indonesia.
Comments
Bila ditambah dgn kereta dari indonesia makin sesak la melaka ni..
1 lagi, sekarang ni pendatang yg datang dgn bot pun dah mcm jenayah berlaku.. bila dah boleh dtg dengan kenderaan darat, dah boleh terbayang jenayah yg meningkat..
Tapi apa boleh buat... nk maju lah katakan..
http://hasbullah.pit.my/2008/12/jambatan-melaka-dumai-dapat-memulihkan_25.html
Ada baik ada buruk, yang kita tak nak, projek itu hanya untuk memperkayakan kroni saja.
Kalau projek itu dibina oleh kontraktor dari Malaysia, boleh jalanlah... Jambatan tu anti boleh kongsi nasib dengan MRR2. XD