MELAKA NAK BINA JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA PULA? ~ Ref Malaysiakini

Setelah Melaka membina beberapa projek yang gah dan besar-besar tetapi sesetengahnya menjadi Gajah Putih kini, Ketua Menterinya berangan-angan untuk membina jambatan terpanjang di dunia pula.

Dalam keadaan sekarang pun hutang Melaka mencecah lebih dari RM1 bilion, saya yakin jika jambatan itu pula dibina mungkin hutang Melaka meningkat berkali ganda. Hutang yang ada pun belum dilangsaikan bagaimana jika hutang itu terus meningkat nanti.

Mohd Ali dalam ucapan pada Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam Ke-9 yang diadakan 23 Disember lalu berkata, jika jambatan sepanjang 52 kilometer menghubungkan Melaka-Dumai dibina nanti ia akan muncul sebagai jambatan terpanjang di dunia.

Kos pembinaannya dianggarkan berjumlah US$11 bilion.

Dalam reaksi balas kepada cadangan Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Kerajaan akan mengambilkira segala aspek termasuk kesesuaian dan faktor ekonomi terhadap cadangan Kerajaan Melaka untuk membina jambatan yang merentasi Selat Melaka bagi menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

Comments

Greaser4ever said…
Menarik bukan jambatan terpanjang di dunia di Negeri Melaka bandaraya bersejarah?Jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia.Salah satu idea kerajaan negeri melaka menarik pelancong Indonesia ke Malaysia.Jika jambatan dibina untuk rakyat malaysia ke Indonesia masuk akal juga lah,kerana barang di sana murah.Tapi kalau membuka jambatan untuk orang indonesia sudah pasi mendatangkan masalah dikemudian hari.Kita pun sudah mengetahui kadar jenayah tertinggi rakyat asing di malaysia adalah pendatang indonesia.dengan membuka jambatan ini memudahkan lagilah pendatang indonesia merompak di pagi hari dan balik di malam hari atau sebaliknya.Malaysia bagaikan syurga harta bagi rakyat indonesia.Makin ramai la pendatang yg tak akan kembli semula kenegara asal.ataumungkin rakyat indonesia akan bekerja di malaysia di pagi hari dan pulang di mlm hari.kerana majikan di malaysia sudah pasti ingin menggaji pendatang asing kerana bayaran lebih murah.Pada aku lebih baik fikirkan soal keselamatan dahulu.
Anonymous said…
jika jadilah projek ni nanti, maka bertambahla jammed la kat melaka, sekarang ni yg ada kereta malaysia, sikit kereta singapura dan beberapa kereta thailand.
Bila ditambah dgn kereta dari indonesia makin sesak la melaka ni..
1 lagi, sekarang ni pendatang yg datang dgn bot pun dah mcm jenayah berlaku.. bila dah boleh dtg dengan kenderaan darat, dah boleh terbayang jenayah yg meningkat..
Tapi apa boleh buat... nk maju lah katakan..
Anonymous said…
Dengan mengambil kira sejarah melaka dan tanah melayu kita wajar melaksanakan projek ini....taniah ali rustam.ini akan menyenangkan kita meresap teknologi yang cangih dari indon-indon, seperti perladangan,pembalakan,pembuatan, pembinaan dan lain lain. tak macam dulu anak indon parameswara naik sampan bermingu-mingu sampai ke melaka.kita perlu menilai yang masa tu emas kepada rakyat m'sia yang paling rajin dan cekap di dunia.ia juga akan memberi imej baru kepada negeri melaka yang baru-baru ini telah memberi pingat yang terunggul and berprestej di dunia.dengan kepimpinan ali rustam yang bijak bistari,kita komited dengan perlaksanaan project project mewah untuk anak cucu and cicit kita untuk pembangunan yang lebih kepada 500 tahun akan datang daripada mentaliti kita yang kini kais pagi makan pagi.eeeeem....jambatan tu berapa lorong??? tak habak pulak si ali tu ya.??? ok...sebagai anak jati melaka saya sokong penuh strateji ni. korang cam mana....?
Unknown said…
Kalau kos belanja jambatan itu dikongsi bersama Malaysia dan Indonesia maka Melaka hanya membina 25 Km saja, lebih kurang sama panjang jambatan Pulau Pinang Kedua yang dalam perancangan.

Ada baik ada buruk, yang kita tak nak, projek itu hanya untuk memperkayakan kroni saja.
Greaser4ever said…
boleh sokong tapi kalau anak2 korang takde kej nanti jgn la bising pulak,kalau mak bapak kena rompak,kena bunuh jangan nk salahkan jambatan pulak,klu buat untuk pesakit ok lah,tapi untuk pelancong?????kaya sgt ke indonesia tu kt Dumai atau tg,Repat?Klu utk rakyat malaysia shpppng kt sana memang good idea la,tapi jgn nanti kena cukai pulak.siap je jambatn tembok umah aku kena letak kaca lah,Bukan nk bermusuh dengan jiran tapi demi keselematan keluarga.Mungkin kena amik lesen senjata api lepas ni.
Anonymous said…
Setuju jika dibina jambatan. Tapi pastikan melalui tender terbuka supaya cost nya paling kompetitif dan tidak masuk ke kantung kroni-kroni. Tapi, yang pastinya Singapura akan bantah habis-habisan sebab dengan tersekat nya selat melaka, kapal2 tidak dapat lalu dan pelabuhan Singapura akan terjejas. Bagi malaysia, jika selat melaka tersekat, Malaysia boleh bekerjasama dengan Thailand. Projek terusan Songkhla boleh dibuat. Ini akan memajukan utara Malaysia iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Lebuhraya antara Pulau Pinang dan Kuala Perlis ke pelabuhan Songkhla juga sudah siap. Ini boleh digunakan sebagai jalan darat dimana barang2 dagangan dipunggah dari kapal2 di Pulau Pinang atau Kuala Perlis dan di hantar ke kapal2 lain yang menunggu di Songkhla. Ini boleh menjimatkan kos dagangan.
Greaser4ever said…
Mana boleh x kasi kapal lalu bro,laut selat melaka adalah laluan antarabangsa bukan untuk negeri melaka sahaja.Cuba fikir Petronas refinery kt Sg.Udang tu,loading cargo kt Kerteh,Bintulu,Miri, dan discharge ke Melaka.So Orang sebelah pantai barat taknk pakai minyak ke.Lauluan kapal amatlah penting di selat melaka tu.Lagi eloklah jika jambatan di johor juga dibina,Jika kapal dapat melalui selat tebrau,sudah pasti selat singapura yg sekarang ini menjadi selat tersibuk di dunia akan lengang kerana Syarikat2 kapal akan menggunakan selat tebrau utk mengelak dari seragan lanun di Selat singapura
Anonymous said…
Not now la, we need money to build stable economy and country. Why don't improve the boat or ferry services for now, in case Malacca really want to boost the tourism from Indonesia. Once we are back to progressive economy, we can consider the bridge plan. No point to have longest bridge but biggest debt in hand. We don't know either Indonesians are affordable to pay the toll for the bridge. Singaporean can pay la because they are richer than us.
kekwa66 said…
Kalau jambatan tu betul2 siap nanti..aku..entah ada kat mana masa tu, so..tak mau komen apa-apa....kakaka....
Anonymous said…
Kan Melaka kaya. Ali Rustam boleh pinjam wang dari kerajaan persekutuan dan belanja sesuka hati. Bila PR ambil alih, Ali Rustam boleh goyang kaki senang hati, because PR tolong bayar hutang ditinggalkan Ali Rustam.

Kalau projek itu dibina oleh kontraktor dari Malaysia, boleh jalanlah... Jambatan tu anti boleh kongsi nasib dengan MRR2. XD