ISU PEMILIHAN KETUA KAMPUNG : 'KICIK' PUNYA LUBANG DIPERBESAR-BESAR

Sudah menjadi adat media pengampu, kicik punya isu walau belum 'confirm' terus diperbesar-besarkan untuk menangguk di air keruh.
Apa sahaja isu yang berlaku di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang walau sekecil manapun akan dicipta menjadi isu besar dan hangat seolah-olah boleh menggugat kerajaan PR di kelima-lima negeri tersebut.
Puak-puak ini mencipta cerita dan laporan demi untuk memporak perandakan kerajaan PR. Nampaknya pihak ketua pengarang, pengarang dan editor media-media ini tidak takut kepada amaran Allah tentang penyebaran berita palsu dan berunsur fitnah ini.
Saya teringat akan amaran yang diberikan oleh Presiden PAS dalam suatu ceramah tidak lama dahulu bahawa selagi tulisan dan berita fitnah dan bohong itu terlekat di kepala para pembaca dan pendengarnya selagi itulah pihak terbabit menanggung dosa pembohongaan, fitnah dan umpatan itu. Mereka mesti memohon maaf kepada sesiapa yang diumpat dan penafian dan cerita sebenar mesti disiarkan. Akhirnya pihak terbabit mesti meminta maaf kepada orang yang diumpat dan difitnah.
Sehari dua ini media sibuk melaga-lagakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye dan ADUN Simpang Pulai, Chai Ming Kai.
Mohammad Nizar berkata, beliau tidak pernah menyatakan beliau terkilan atau marah dengan tindakan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Simpang Pulai, Chan Ming Kai meneruskan proses penamaan calon pemilihan ketua kampung tersebut seperti yang dilaporkan media.

"Saya hanya minta laporan berhubung perkara tersebut. Media telah menyalah tafsir apa yang saya katakan.

"Mereka akan meneruskan pemilihan calon ketua kampung baru itu esok kerana itu hak ADUN untuk melaksanakannya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Isnin lalu, Mohammad Nizar dilaporkan melahirkan rasa terkilan dengan tindakan kedua-dua wakil rakyat PKR itu yang enggan mematuhi larangan kerajaan negeri tidak membenarkan proses penamaan calon bagi pemilihan ketua kampung baru tersebut.
Inilah sikap media pengampu hari ini yang suka melaga-lagakan pemimpin PR. Saya mengharapkan semua tuanpunya media dan pengamal media supaya takut kepada Allah dan beretika dalam melaporkan berita.

Comments

pilihlah yang mana2 elok :-)

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
. said…
Kalau berita buruk untuk PR, itu sengaja diada-adakan utk melemahkan PR.

Kalau berita buruk untuk BN, itu kebobrokan BN.

Begitu ya cara kita berfikir?

Sesekali, elok juga kita terima kelemahan diri dan menerima bahawa kita ni hamba ciptaan Allah s.w.t. Sebagai manusia, kita ada kekurangan.

PAS, PKR dan DAP adalah entiti ciptaan manusia yang ada kekurangan. Yang mana tak betul tu, perbaikilah. Usah salahkan orang lain. Itu cara kita nak berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Salam dan selamat maju jaya!
dalam blog saya faizal ni suruh pilih BN, di sini dia suruh pilih mana yang elok pula.


Nobisah tu bukan tak tau, mensensasikan berita untuk bagi untung BN kan ke kerja media BN. Kenapa dia approve?