.

.

15 November 2011

Najib panggil semua Ketua Parti Komponen BN : BUBAR PARLIMEN vs ROMBAKAN KABINET

Najib memanggil semua ketua-ketua parti komponen BN bermesyuarat di kediaman rasminya malam ini. Pertemuan kira-kira 2 jam itu mungkin membincangkan tarikh pembubaran parlimen yang diramalkan berlaku bila-bila masa. Mesyuarat ini disifatkan tergempar kerana ia diadakan selepas Najib balik dari Sidang Apec. Seolah-olah ianya diadakan secara tergesa-gesa.

Semua pemimpin parti komponen BN kelihatan memasuki Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Ramai pemerhati politik menjangkakan Najib akan membuat pengumuman penting selepas mesyuarat tersebut.

Antara kemungkinan yang akan diumumkan Najib selepas mesyuarat itu ialah pembubaran parlimen atau rombakan kabinet yang sudah lama dijangkakan.

Namun kedua-duanya spekulasi sahaja. Tidak ada siapa yang berani membuat ramalan. Tetapi kemungkinan tetap ada bahawa Najib akan membubarkan parlimen atau pun membuat rombakan kabinet.

Jika rombakan kabinet dilakukan siapa yang akan menjadi mangsa?

Mungkin 'Taukeh" lembu, Shahrizat Jalil akan dipencenkan lebih awal atau menteri-menteri yang menjadi orang kuat Pak Lah ditendang keluar. Mungkin Najib ingin memperlihatkan beliau serius menendang keluar menteri-menteri yang bermasalah dan dilihat bermasalah.

Jika pembubaran parlimen dilakukan, bilakah tarikh pembubaran tersebut dan bila pula pilihanraya akan diadakan. Semua orang tertumpu kepada Najib lewat malam ini. Beliau mungkin akan mengadakan sidang akhbar lewat malam ini, sama-sama kita tunggu.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter