Guru KERJA 9 JAM : Mengapa MELAKA DIPILIH?

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak. Adly berkata beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak.

"Guru bukan sekadar bekerja disekolah, kerja guru hari ini dibawa hingga kerumah. Kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru."

"Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan lansung kepada mutu pendidikan negara." ujar Adly.

Menurut Adly fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan disamping meningkatkan kualiti disamping perhatian serius kepada peningkatan gaji dan insentif.

Beliau berkata Melaka diberitakan akan dipilih selaku projek perintis bagi cadangan bekerja 9 jam. 

"Amat malang, dan kenapa Melaka dipilih.?" tanya beliau.

"Mendengar 9 jam bekerja sudah meresahkan guru, mereka sudah cukup terbeban dengan tugas sediada." tambah Adly

Beliau juga menyokong langkah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan itu juga adalah disokong.

"Tekanan beban 9 jam ini pasti memberi kesan lansung kepada mutu generasi akan datang. Cadangan kerja 9 jam wajar ditolak dan tak perlu dijadikan ujikaji."

Sebaliknya, menurut Adly  cadangan PR dalam buku jingga bagi memberikan insentif RM500 sebulan kepada semua warga pendidik adalah lebih praktikal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Comments