Seorang lagi ARTIS MASUK PAS?

PAS adalah sebuah parti yang terbuka sebagaimana terbukanya Islam kepada sesiapa yang ingin menganutnya. Kita mesti menerima sesiapa sahaja yang ingin bersama kita walaupun macamana latarbelakang mereka. Sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W menerima Saidina Omar dan sahabat-sahabat masuk Islam walaupun semasa jahiliahnya mereka adalah pembunuh, penyangak dan sebagainya. Apabila sudah Islam mereka akan ditarbiah dan diberi kefahaman untuk tunduk dan patuh kepada Allah.


Sejak kebelakangan ini perjuangan PAS diterima dengan baik oleh sesiapa sahaja dari orang yang buta huruf hinggalah kepada Professor Universiti, dari orang warak hinggalah kepada penyangak, dari pemain bola hinggalah kepada artis, dari kaum ibu hinggalah kaum Mak Nyah. PAS tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa sahaja untuk bersama mendaulatkan perjuangan Islam dan keadilan yang menjadi teras perjuangan PAS.  Malah PAS melangkah dengan tegas dan terbuka membuka pintu keahlian secara bersekutu kepada orang yang bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) sehingga keahlian sayap baru PAS sudah mengjangkau puluhan ribu orang dari Johor hingga ke Sabah.


Akil Hayy, Bob Lokman, Renggo dan lain-lain adalah antara golongan artis yang sudah lama masuk PAS dan menjadi pendakwah PAS dengan kepakaran yang mereka ada. Mawi juga memang berasal dari keluarga yang kuat menyokong PAS. 

Selepas ini semakin ramai rakan-rakan artis mereka yang akan menjejaki langkah mereka.



Antaranya mungkin ................artis yang bercakap dalam video klip di bawah ini.

Comments

semoga bertambah hebat perjuangan PAS supaya dapat digantikan oleh DAP kerana PAS kini tidak punya apa-apa selain dari kehebatan mencaci, memfitnah dan amat bencikan perpaduan ummah....tak percaya? tanya saja pada sdr Bob Lokman si artis yang terkenal tuuu!
Albana said…
ni pun sorang pencacai UmNoo yang masih Allah tutup hati dari kebenaran.. tapi saya doakakan semoga Allah beri taufik kat dia ,untuk menyokong Perjuangan Islam,hari ini Artis dan Lagenda Bolasepak negara pun dah Joint PAS