MANTAPKAN ORGANISASI TERUSKAN JIHAD ~ Ref Malaysiakini

Memang sudah menjadi tradisi kepada perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) banyak aktiviti yang dijalankan menjuruskan kepada gerakerja Pilihanraya Umum. Ianya tidaklah menghairankan kerana perjuangan PAS bertitik tolak kepada 2 prinsip utama iaitu Gerakan Islam dan Parti Politik.

Seperti kebiasaannya PAS tahun pertama selepas Pilihanraya PAS akan memantapkan gerakerja tarbiah guna untuk memantapkan aqidah perjuangan pemimpin dan ahlinya agar mereka tidak mudah putus asa, lemah semangat, jumud, hubbud dunia dan sebagainya. Selain itu tahun pertama selepas pilihanraya ini juga digunakan untuk jentera Pilihanraya PAS menjalankan 'Post Mortem' terhadap semua peringkat dari peringkat Pusat, Negeri, JON, MTD dan UPU.

Gerak Kerja tarbiah amat penting kerana ia menjadi senjata utama kepada kelansungan perjuangan sehingga sekarang. Sudah banyak parti-parti pembangkang di Malaysia yang berkubur lantaran kelemahan aqidah perjuangan mereka yang berjuang bukan atas landasan Islam. PAS berjuang untuk menegakkan hukum Allah dan memastikan nilai-nilai Islam menjadi asas pemerintahan sesebuah negara. PAS berjuang untuk membebaskan perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah. Sebab itulah asas perjuangan ini amat penting untuk diterapkan dikalangan ahli walaupun mereka datang dari pelbagai latarbelakang perjuangan.

Oleh kerana sedikit kelemahan gerak kerja tarbiah inilah ramai dikalangan ahli baru PAS ketika zaman reformasi 98-99 dulu akhirnya menjadi ahli yang 'mandom' dan ada yang kembali kepada Umno atau tidak lagi minat untuk berjuang.

Lantaran itu saya menyarankan semua peringkat parti supaya memperkemas dan memantapkan gerak kerja ini demi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Kita mesti memastikan usrah dijalankan di setiap peringkat, cawangan, UPU, MTD, Kawasan, Dewan-Dewan hatta di peringkat perhubungan negeri dan Pusat.

Kita faham 'kemalasan', ketakutan, kedekut dan segala macam amalan negatif untuk berjuang disebabkan ahli kita tidak diberi 'spinach' dan 'mangkin' dari masa ke semasa yang akhirnya bila sampai masa untuk berjuang mereka tidak bersungguh-sungguh atau terus memencilkan diri mereka.

Selamat Berjuang Allahu Akhbar

Comments