SYED HAMID PERMAINKAN RAKYAT MALAYSIA ? ~ Ref Malaysiakini Wa

Walau sejahat mana Utusan Meloya menyiarkan laporan dan berita berunsur perkauman dan hasutan, akhbar anak emas Umno ini tidak pernah dikenakan tindakan. Ianya tidaklah pelik kerana Utusan Meloya amat berjasa kepada Umno dan BN kerana ia sejak zaman berzaman menjadi jentera penerangan paling ampuh untuk mengelirukan rakyat terutama orang Melayu untuk terus membuta tuli menyokong Umno/BN.

Bukan kerajaan tidak sedar akan kedurjanaan dan kebobrokan Utusan Meloya menggunakan media cetak ini menaikkan semangat melayu untuk terus memberikan sokongan kepada Umno/BN. Pelbagai isu dimanipulasi dan dieksploitasi bagi memastikan otak orang tetap beriktikad bahawa Umno pejuang melayu tulen yang menyelamatkan melayu selama dan menjaga kesejahteraan orang melayu dulu, kini dan selamanya.

Namun akhir-akhir ini khasnya pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu, orang Melayu terutama di bandar mula sedar bahawa Umno hanyalah parti perkauman yang hidup atas retorik dan semangat melayu sempit. Mereka jelas mengalihkan sokongan kepada PAS dan PKR.

Oleh kerana bimbang dengan situasi ini, maka Umno mencari jalan untuk memusingkan sikap orang Melayu agar berpaling dari Pakatan Rakyat dan kembali melutut kepada Umno. Maka senjata tradisional ampuh mereka iaitu isu perkauman melayu yang sempit diputarkan semula. Umno sedar hanya isu inilah sahaja yang dapat menarik semula sokongan orang Melayu.

Seperti biasa 'wak yek' atau budak suruhannya, Utusan Meloya sekali lagi memainkan peranan jahat ini. Isu perkauman ini dicanangkan setiap hari sehingga otak dan minda orang Melayu di'brainwash' untuk menyokong Umno. Fakta dipusingkan dan Umno mahu menggunakan Utusan syoata rakyat meluhat bahawa hanya Umno menjadi penyelamat Melayu.

Akhirnya isu-isu azan, tulisan jawi, keceluparan Ahmad Ismail dan sebagainya diwar-warkan untuk tujuan tersebut. Malangnya walaupun jelas Utusan memainkan isu perkauman sempit namun orang lain yang jadi mangsa iaitu YB Teresa Kok dan Tan Hooi Leng yang disumbat ke dalam ISA. Utusan dibiarkan bebas kerana semua orang tahun Utusan Meloya adalah anak emas Umno.

Semalam Menteri ISA, Syed Hamid mendakwa bahawa Utusan Meloya telah "diberi amaran" oleh kerajaan berhubung beberapa artikel kontroversi yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu.

Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya, apabila ditanya mengapa tindakan diambil terhadap beberapa akhbar, tetapi tidak terhadap Utusan. Percayakah kita dengan kata-kata Hamid ini? Saya tidak pernah pun mendengar berita atau laporan media yang Utusan dikenakan tindakan sebelum ini.

Jangan permainkan rakyat Malaysia, wahai Hamid. Tidak perlulah menggunakan jawatan kamu untuk mencari populariti bagi mendapatkan pencalonan untuk bertanding Naib Presiden Umno.

Comments

Vesu said…
sempena hari deepavali ini saya merayu kepada semua kaum Hindu termasuk diri saya sendiri agar meminta Tuhan yang Maha Kuasa supaya menamatkan karier Menteri Dalam negeri Syed Hamid Albar...Harap2 Syed tidak akan mendapat pencalonan yang akan melayakan beliau bertanding dalam pemilihan UMNO