KEBEBASAN MEDIA DICABUL LAGI? ~ Ref Malaysiakini

Apakah kebebasan media dicabul lagi apabila Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata terpulang kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap portal berita Internet Malaysiakini yang Ahad lalu memuatkan kononnya manifesto yang dikeluarkan "kumpulan penyokong" Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui Umno.

Kenyataan Shabery ini seolah-olah menyokong akhbar internet tersebut diambil tindakan.

Saya berasa kesal dengan kenyataan Shabery tersebut sedangkan wartawan Malaysiakini tersebut telahpun meminta maaf dan meletakkan jawatan. Jika benar suruhanjaya itu akan mengambil tindakan terhadap Malaysiakini maka ini merupakan suatu tindakan yang mencabul kebebasan media.

Malah Timbalan Perdana Menteri sendiri sudahpun menerima permohonan maaf Malaysiakini hari ini.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri kelmarin telah mengeluarkan penjelasan bahawa artikel tersebut adalah palsu dan mengelirukan dan merupakan usaha terancang pihak tertentu untuk mencemarkan imej beliau.

Comments

awak ni cakap pakai kepala lutut,

betul la terpulang kepada suruhanjaya multimedia

kalau shabery pergi arahkan suruhanjaya ambil tindakan, awak kata salah guna kuasa

suruhanjaya decide la nanti, meletak fakta yang salah serta tidak disahkan sumber adalah kesalahan media, itu juga mencabul etika media bertanggungjawab.

kamu ni satu manusia yang suka meletakkan 'ref malaysiakini' kat semua artikel kamu. buat semak je, kalau ulasan menarik tak apa, ini ulasan guna kepala lutut.