KASIHAN KETUA MENTERI KITA KENA NAYA ~ Ref Malaysiakini

Siapakah yang nakal yang cuba mempermainkan Ketua Menteriku, Ali Rustam sehingga sanggup menyebarkan khabar angin bahawa beliau menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Memang tidak ada kerja agaknya Mamat atau Minah yang sanggup melakukan sedimikan.

Orang itu langsung tidak simpati kepada Ketua Menteriku yang sekarang susah hati kerana baru mendapat 9 pencalonan sedangkan calon 'favourite' Muhyiddin Yassin sudahpun melepasi kouta hari ini apabila mendapat pencalonan ke 39 dari Bahagian Paya Besar hari ini. Setakat ini Muhyiddin telah mendapat 45 pencalonan.

Nampaknya Ali sekadar boleh berlawan dengan Muhammad Mohd Taib seorang lagi yang teringin untuk menjadi Timbalan Presiden Umno yang mendapat 8 pencalonan.

Kasihan kepada Ali dan Mat Taib, hajat di hati nak peluk gunung apakan daya tangan tak sampai (belum sampai???).

Beriya-iya benar Ali menafikan khabar angin itu demi untuk membolehkan beliau mendapat pencalonan dari Bahagian-bahagian Umno yang belum mengadakan persidangan.

Media hari ini melaporkan bahawa Mohd Ali Rustam tidak akan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, malah yakin beliau mampu memperolehi cukup pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding ke jawatan itu menjelang tamat pemilihan peringkat bahagian parti 9 November ini.

Katanya beliau merasakan perlu untuk membuat penjelasan itu berikutan tersebarnya desas-desus sejak beberapa hari lepas kononnya beliau mungkin akan menarik diri daripada bertanding ke jawatan itu.

Menurutnya berita itu tidak betul dan berharap penjelasan beliau ini dapat menjelaskan kepada semua anggota Umno dan bahagian-bahagian bahawa beliau tidak akan tarik diri dan berharap bahagian-bahagian dapat berikan pencalonan bagi mencukupkan kuota 39 pencalonan untuk membolehkannya bertanding.

Mohd Ali berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Bukit Katil di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini.

Namun saya mencadangkan kepada Ali supaya memikirkannya betul-betul kerana belum tentu beliau dapat bertanding. Jadi lebih baik menarik diri dari awal supaya tidak habis tenaga, masa dan wang ringgit untuk berkempen (harap-harap beliau berkempen menggunakan duit sendiri lah ye, jangan siksa rakyat Melaka).

Malah jika Ali mendapat pencalonan yang cukup pun belum tentu beliau dapat mengalahkan Muhyiddin kerana dari segi pencalonan perbezaannya terlampau jauh bagaikan Bukit Katil dengan Kota Kinabalu jaraknya. Kalau perbezaannya kecil atau dekat macam jarak antara Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil dengan Bukit Sama Tahu, Bukit Katil mungkin beliau mempunyai harapan untuk mengalahkan Muhyiddin.

Lebih malang lagi beliau juga saya jangka terpaksa bersaing hebat dengan Mat Taib untuk merebut tempat tercorot pada pemilihan Timbalan Presiden itu kerana jumlah pencalon beliau dengan Mat Taib hampir sama banyak. Setakat ini Ali mempunyai kelebihan satu pencalonan sahaja iaitu Ali mendapat 9 pencalonan dan Mat Tain 8 pencalonan.

Maka lebih baik beliau berundur dahulu belum lebih teruk kecewa dan malu.

Comments

Istilah menarik diri dengan ada gaya ialah selepas mendapat atau melepasi kelayakan bertanding.

Kalau belum mencukupi, apa yang nak ditarik, surong je lah kot kot orang simpati selepas Dolah berkempen malam tadi di KK dan khabar angin yang disebarkan sendiri untuk simpati.

Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan anak hantu.