ISU 1MDB : NAJIB MESTI BERCUTI

Kalau Pengerusi MARA dan pihak yang terlibat dengan isu penyelewengan wang MARA baru-baru ini diarahkan bercuti, kita juga menggesa supaya Najib Razak juga bercuti bagi memudahkan siasatan terhadap dakwaan isu pengaliran wang 1MBD yang dikatakan mengalirkan ke dalam akaunnya seperti yang dilaporkan World Street Journal (WSJ).

Tuduhan ini sangat serius kerana ia melibatkan wang rakyat dan juga imej negara. Najib tidak boleh lepas tangan dan menafikan dengan penafian biasa sahaja. 

Pada masa yang sama Najib mesti bercuti dari jawatannya sebagai Perdana Menteri bagi mengelakkan beliau mengganggu siasatan menyeluruh yang mesti dilakukan segera. Kita tidak mahu beliau menggunakan kuasa beliau untuk mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dengan siasatan.

Dari segi maruah, Najib sepatutnya sudah lama bercuti malah berhenti kerana terlalu banyak isu yang berlaku di zaman pemerintahannya. Sudah sampai masanya beliau berundur sebagaimana 2 Perdana Menteri sebelum beliau yang mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan masing-masing setelah dilihat gagal melaksanakan tugas dengan berkesan dan baik serta menjadi liabilti kepada negara, rakyat dan partinya sendiri. 

Comments