Melaka : Dulu takut warna hijau kini agungkan hijau pula

Tidak lama dulu kerajaan Melaka mengarahkan samping murid-murid sekolah agama JAIM ditukarkan dari warna hijau kepada hitam. Semuanya kerana warna hijau sinonim dengan PAS. Geli mereka dengan warna hijau agaknya. Tetapi kini semuanya telah berbeza. Allah menterbalikkan hati mereka apabila kini mereka mengagungkan warna hijau lantaran kerana dasar kerajaan Melaka mahu menjadikan negeri ini negeri Teknologi Hijau.

Itulah kuasa Allah. Jangan kita sombong dengan kejadian Allah iaitu warna hijau. Akhirnya kita sendiri yang ditertawakan rakyat kerana menjilat ludah sendiri dengan mengagungkan warna yang dulunya dibenci iaitu warna hijau.

Comments

Anonymous said…
walhal warna hijau ,biru,dan biru muda jauh lebih dahulu wujud sebelum wujudnya warna-warna parti politik.
Anonymous said…
Untuk pengetahuan pemimpin dan ahli BN UMNO negeri Melaka bahawa mana ada lagi hijau di melaka melainkan lambang PAS sahaja...
Anonymous said…
hijau tu kaler..bongok