UMNO PENGKHIANAT MELAYU

Semalam akhbar Sinar Harian menyiarkan temubual bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang antara lain beliau menuduh bekas 'boss'nya itu pengkhianat Melayu.

Bagi saya pengkhianat Melayu sebenar ialah Umno dan pimpinannya bukan Anwar Ibrahim dan parti-parti komponen PR.

Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr. Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib.

Sewaktu zaman pentadbiran Dr. Mahathir lagi, imuniti raja-raja Melayu telah dihapuskan, padahal institusi Raja Melayu merupakan simbol ketuanan orang Melayu,nyatalah Umno sendiri telah merosakkannya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua terbesar yang dibuat Mahathir ketika itu ialah dengan merosakkan sistem kehakiman negara.

Campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Walhal majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu juga dilakukan oleh Dr. Mahathir. Pengkhianatan yang dibuat ini, secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu :-

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Jadi siapa sebenarnya pengkhianat Melayu??????

Comments

Hang horatio said…
salam tuan rumah..mgkin betul..tapi ada satu jasa kerajaan umno pada tuan rumah yg perlu tuan rumah igt...lahirnya anda di negara yg aman sehingga sekarang amat bijak menggunakan blog/internet untuk menyampai kritikan sebegini.inilah hasilnya kerajaan umno selama ini.
Anonymous said…
Bila tidak bersetuju mudah buat tuduhan. Apa bukti DSAI pengkhianat Melayu. Di Malaysia ini satu-satunya pertubuhan atas nama Melayu ialah UMNO dan memegang amanah bangsa Melayu mulai tahun 1946. Buat kajian terpeinci atau perhatikan dengan mata hati siapa sebenarnya khianat. Khianat hanya berlaku kepada orang yang diberi amanah.
Anonymous said…
Menulis dengan tajuk bombastik sebegitu rupa memang mudah mendapat perhatian. Begitu juga bila berdiri diatas pentas menjerit memaki orang lain sudah tentu mendapat perhatian dari audien. Tapi apakah anda tidak berfikir bahawa anda juga adalah pengkhianat Melayu kerana turut ada saham memecahbelahkan bangsa sendiri? satu jari menuding orang lain, 4 jari lagi menuding kepada diri anda sendiri..kecualilah anda cacat fizikal dan cacat mental