SOKONG KECAM MASJID DIPOLITIKKAN

Saya menyokong kecaman blogger Nadarakyat yang kesal dengan tindakan seorang jawatankuasa di salah sebuah masjid di Cheng, Melaka yang mana dalam ucapannya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri berbau politik dan perkauman sempit dibidas kerana boleh memecahbelahkan umat Islam di pagi raya.

Blogger Nadarakyat menukis di dalam blognya bahawa pemimpin masyarakat terbabit di dalam ucapannya menyeru supaya orang melayu bersatu setelah berpecah kepada beberapa kumpulan sementara pula orang bukan Islam telah bersatu.

Nadarakyat mempertikaikan tindakan pemimpin terbabit yang menggunakan masjid untuk kepentingan politik sempit perkauman melayu.
"Adakah disebabkan pada PRU yang lepas DAP dan PKR menerusi calon bukan Islamnya telah menang banyak kerusi sementara calon MCA,Gerakan,MIC telah tewas teruk membawa maksud orang bukan Islam telah bersatu?"

"Adakah disebabkan Umno kehilangan banyak kerusi kepada PAS dan PKR (calon melayu) bererti orang melayu berpecah?" soal Nadarakyat.

Menurut Nadarakyat tindakan jawatankuasa masjid tersebut yang jelas pro-Umno telah cuba memainkan politik sempit di dalam masjid dan ingin mempengaruhi rakyat lebih-lebih lagi di pagi raya amat-amat dikesali.

"Tidakkah beliau sedar orang melayu ketinggalan adalah hasil pemerintahan Umno/BN yang memerintah semenjak merdeka? "

"Tidakkah beliau sedar orang bukan melayu lebih banyak kumpulan politik seperti Gerakan,MCA,MIC,DAP,PKR dan ada juga yang penyokong kuat Pas tetapi mereka terus maju." tambah Nadarakyat lagi.

Faktanya sekarang bukan masalah orang melayu berpecah kepada Umno,Pas dan PKR, tetapi kerana penyelewengan wang rakyat dan khazanah negara oleh pemimpin Umno yang telah mentadbir Malaysia dari merdeka hingga kini yang telah menjadikan orang melayu jauh ketinggalan, sementara pemimpin Umno, ahli keluarga dan kroni kaya raya.

Sepatutnya, jawatankuasa masjid tersebut menyeru supaya orang melayu kembali kepada Islam, dan menolak kemungkaran, kezaliman dan ketidakadilan, menolak pemimpin rasuah dan haprak seperti Ali Rustam (jika perlu) serta menyatakan hanya dengan kembali kepada Islam orang melayu akan mampu bangkit dan maju, bukannya dengan mengapikan semangat perkauman sempit yang tidak berasas.

Comments