DAKWA LIONG SIK SATU LAGI DALIL PRU DAH DEKAT

Tindakan Najib dan kerajaan BN mendakwa Ling Liong Sik merupakan satu lagi tanda Pilihanraya Umum ke 13 sudah hampir. Dengan lakonan pendakwaan ini BN menyangka bahawa rakyat akan yakin dengan kerajaan Najib akan serius dalam menangani rasuah. Namun bagi saya sangkaan ini meleset kerana rakyat sudah masak dan muak dengan skrip drama seperti ini yang sudah di'filem'kan sejak sekian lama.

Besar kemungkinan 'pelakon' ini akan dilepaskan setelah dibicarakan seperti juga dalam kes Eric Chia. Lihat sahaja bagaimana hebat dan istimewanya layanan kepada Liong Sik semasa ditahan. Beliau langsung tidak digari dan belum senyum lebar tanpa ada rasa takut dan bersalah.

Senyuman Liong Sik penuh makna kerana di dalam otak dan minda serta ingatannya penuh dengan maklumat siapa antara menteri dan pembesar BN yang juga terlibat dengan rasuah. Saya yakin Liong Sik boleh menceritakan semuanya dan sudah tentu ceritanya tidak akan tamat dalam masa sehari semalam kerana terlalu ramai yang terlibat.

Nasihat saya kepada BN carilah kaedah dan taktik lain jika ingin menipu rakyat janganlah diulangi taktik lapuk dan kuno ini kerana sekarang zaman IT dan dunia tanpa sempadan, maklumat boleh diperolehi sepantas kilat di hujung jari.

Comments

azman kamarul said…
SAH.....semuanya ada sebab...kalau tak takkan ada pendakwaan ini.

Puak ni bagi duit kat pilihanraya sebab nak suruh undi dia kalau tidak "sorry".

Masihkah anda ingat "YOU HELP ME I HELP YOU"...bukankah itu ucapan ketua puak kepala bana tu berucap kat Sarawak dulu!!