PRK PENANTI : SERET PETUALANG HASUT PENGUNDI JANGAN KELUAR MENGUNDI

Walaupun pelbagai usaha dijalankan pihak tertentu untuk menghalang dan menghasut pengundi di Penanti namun lebih dari 46 % pengundi tetap menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi semalam.
Lebih menarik calon PKR, Dr Mansor Othman mendapat kemenangan dengan majoriti yang jauh lebih besar berbanding Pilihanraya Umum 2008 lalu. Mansor memperolehi majoriti 5,558 undi berbanding Fairus yang mendapat 2,219 undi majoriti.
Apa yang sangat saya kesalkan ialah sikap BN yang bertindak cuba menghalang pengundi dari membuang undi. Malah ada pemimpin BN dan Umno yang terang-terang memintan pengundi jangan keluar mengundi sedangkan ianya ternyata bertentangan dengan akta dan peraturan pilihanraya.
Namun kita melihat SPR seolah-olah memejamkan mata dan memekakkan telinga terhadap tindakan BN ini sehingga tiada usaha dan tindakan dibuat ke atas pemimpin BN dan Umno yang terbabit dengan isu ini.
''Ini rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini dan kita akan kaji faktor kenapa jumlah keluar mengundi amat rendah walaupun kita sudah membuat pelbagai kempen bagi menggalakkan orang ramai keluar mengundi.

''Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan senario ini disebabkan oleh tiadanya penglibatan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini," itulah ulasan Pengerusi SPR Aziz Yusof yang langsung tidak menyebut tentang tindakan cuba menghalang pengundi keluar dan tindakan memindahkan pengundi seperti yang didakwa oleh PKR.

Comments

polis/sprm dah cari kj,tapi tak jumpa, huhu
Adil4Swk said…
Tak nampak keikhlasan dan kredibiliti SPR dalam memikul tanggungjawab dan amanah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka. Mereka ni lebih takutkan umNO daripada Allah Taala.

Nanti kalau rakyat kata tak adil dan berat sebelah marah. Memang nampak dan terbukti dengan jelas bahawa Khairy dan Datuk Zainal Abidin menghasut penyokong umNO tidak turun mengundi. Apa tunggu lagi, buat dakwaanlah. Jangan nanti bila PR buat baru nak sebut macam2 undang2 BN.

Biasalah lebih mengutamakan kedudukan daripada amanah Allah. Ni la cara keja BN.