BERDOA DAN BEMUNAJATLAH KEPADA ALLAH UNTUK DAPATKAN PIMPINAN TERBAIK

Muktamar PAS Pusat tahun ini menjadi tumpuan seluruh dunia tidak kira di mana sahaja pencinta perjuangan Islam dan keadilan tinggal. Ini kerana masing-masing mahu mengikuti dengan rapat perjalanan muktamar itu yang bakal menyaksikan PAS akan dipimpin oleh kemungkinan muka baru diperingkat Timbalan dan Naib Presiden.
Pemilihan jawatan Timbalan Presiden amat menarik kali ini kerana ketiga-tiga calon dilihat mempunyai kekuatan sendiri di samping mempunyai 'track record' yang baik. Husam, Ustaz Nasa dan Cik Mat (Mat Sabu) adalah pemimpin yang berkaliber serta digeruni kawan dan lawan. Mereka sudah pasti akan membantu Presiden dengan berkesan jika diberi peluang nanti.
Bagi Naib Presiden, semua calon yang bertanding adalah muka baru iaitu Dato' Haji Mahfuz, Salahuddin, Mujahid, Nik Amar,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Hanya Mahfuz sahaja yang pernah bertanding jawatan terserbut sebekun,''
Kemenangan individu tertentu di posisi tertinggi parti bakal mencorakkan parti pada masa depan. Namun begitu PAS masih mempunyai badan tertinggi iaitu Majlis Syura Ulama untuk menentukan hala tuju dan perancangan masa depan.
Saya memohon seluruh pencinta perjuangan Islam supaya sama-sama kita bersolat hajat dan isytiqarah supaya Allah mencampakkan hidayah dan petunjuk bagi perwakilan memiih calon terbaik untuk muktamar PAS Pusat yang akan bermula malam ini dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Taman Melewar.

Comments

Anonymous said…
Salam ustaz....

Ada cadangan dan kehendak dari masyarakat sekitar masjid tanah untuk menubuhkan PAS cawangan Sri jeram dan kg pulau...setakat ni ada lebih kurang sekitar 32 pemuda yang berhasrat untuk tujuan tersebut...boleh tak dapat respon dari ustaz? time kasih
Anonymous said…
Ok sila telefon 0196806707 Us Imran
zakaria @ black said…
ustaz?? si perasuah mcm sofi ni ustaz?? hahahaha. bikin malu kaum je...