USTAZ NASARUDDIN KAMI MERINDUI KENYATAAN USTAZ

Sejak beberapa bulan ini Ustaz Nasaruddin Mat Isa jarang sekali membuat kenyataan di dada akhbar. Beliau dilihat cuba menjauhi media. Mungkin beliau tidak mahu kenyataannya dimanipulasi dan dieksploitasi oleh media sebagaimana kenyataan sesetengah pemimpin kita yang jelas digunakan oleh media untuk menyerang PAS semula (backfire).

Saya memuji sikap Ustaz Nasaruddin yang terbukti mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan ahli dan penyokong parti.

Semalam diberitakan Ustaz Nasaruddin memecah rekodnya yang tidak mesra media sejak akhir-akhir ini apabila kenyataannya disiarkan oleh akhbar The Star. Itupun setelah ditemubual oleh wartawan diplomatik Paul Gabriel. Syabas Ustaz Nasa!

Kami amat merindui kenyataan-kenyataan akhbar Ustaz Nasaruddin.

Ahli dan penyokong PAS amat kepingin mendengar penjelasan Ustaz Nasa tentang dakwaan bahawa beliau adalah pemimpin yang menjalinkan rundingan dengan Umno selepas pilihanraya umum lalu. Saya yakin Ustaz Nasa mampu memberikan penjelasan kepada kami tentang isu ini supaya kami mendapat gambaran sebenar.

Sekali lagi syabas dan tahniah kepada Ustaz Nasa kerana sudah 'berbuka puasa' kerana sudi ditemubual oleh Paul Gabriel semalam. Semoga selepas ini Ustaz Nasa akan kembali ..........

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum
Kami amat mengharap semo9ga dengan strategi senyap ust nasa ini akan menyebabkan kepimpinan ust nasa diteruskan...sebagai timbalan presiden... Bersama memartabatkan kepimpinan ulama...
Anonymous said…
ya betul ulama' umno kah kah kah.... janganlah tipo melayu.... melayu dah lama kena tipo...
hu sam chow said…
husam lagi banyak menipu

http://muktamarpas.blogspot.com/
Ibnu Ali said…
"Saya masuk Pas bukan satu dua hari, jadi jika ada apa-apa kekurangan pada saya, bermakna Pas tidak melaksanakan tarbiah atau pendidikan kepemimpinan yang baik kerana kalau hampir 30 tahun dalam parti, masih lagi saya diragui oleh ahli, bermakna ada sesuatu tidak kena dengan pendidikan parti." - Husam Musa

(Kenyataan terbuka ini ternyata memperlekeh Tarbiyah PAS, sapa yang pegang Tarbiyah kalau bukan Ustaz Nasharuddin Mat Isa?)

http://www.husammusa.com/index.php/malaysia/53-malaysia/311-saya-sedia-kalah-husam
mohdjusryjaafar said…
kekalkan dan perkasakan kepimpinan ulamak

tanpa ulama sape la pas
Anonymous said…
saya pun rindu jugak muzakarah dengan umno..leceh lah paklah tak dak kalu tidak boleh buat muzakarah lagi..walaupun tok guru nik aziz tak tau!!kan bagus kalu ada pak lah ..boleh ada pemimpin PAS jadi TPM ka dan Menteri Kewangan ke?Pastu kalu kalau UBN marah Nizar kat Perak sebab bagi tanah kat orang CIna..boleh menteri persekutuan pas..duk diamje..yela..tak kan nak bagi bos marah ye x?
Anonymous said…
Kalau ada dua jawatan Timb. Presiden Pas..TP1 aku pilih Husam..TP2 aku pilih bang Mat Sabu..
Nasa..aku letak balik dalam AJK Pusat..suruh belajar balik
cucu jebat said…
kita sokong ulama untuk timbalan presiden,lepas tu mereka bawa kita duduk bawah najib amacam?setuju?
kembara putih said…
"Jika kita menolak Ust Nasaruddin bermakna kita menolak ulama'."

Jangan lah sempitkan pemikiran. Kita menolak beliau atas sebab perform yang teruk, tiada idea bernas dan wawasan. Sudah 2 penggal beliau memegang jawatan Timbalan Presiden, lama sangat dah, bagi lah orang lain yang lebih layak.

Kalau lah kita menggunakan sifir seperti di atas, bermakna selepas ini golongan ulama' yang berjawatan tak perlu bekerja kerana mereka tidak akan dijatuhkan semata-mata mereka ulama'.
common u guys said…
saudara kamu silap.ust nasa tak payah berkata apa pa sebab dia ada utusan, tv dan media umno yg lain untuk kempen habis habisan untuk dia even today utusan ada artikel panjang hentam husam. so dia nak bersuara utk apa? common la takkan itu pun tak bole baca.u know why depa buat macam ini? sebab kebanyakan pemimpan kawasan pas adalah golongan ustaz dan veteran yg di lantik atas dasar hormat tidak semesti layak.

saya dan kawan kawan lain di cawangan dan kawasan sudah nekad, jika ust nasa menang kami cuma akan jadi ahli biasa saja.muktamad dan dah fed up dan sudah letih dgn ust nasa.

ust nasa sejak 4 bulan yg lepas pergi ke semua kawasan seluruh malaysia buat perjumpaan tertutup dgn ajk caw/kaw, surely kamu tahu apa yg dia perkatakan? nak saya dedah kat sini? sebab itu permilihan yg baru lepas di peringkat kawasan saya, saya menolak utk jadi ajk kaw just because they only need me during pilihanraya tapi bila saya bagi input tentang perkara lain depa tak layan.tolong nafikan apa yg saya kata tentang ust nasa.

astaghfirullah