KASIHAN NAJIB : RAMAI YANG BENCIKAN BELIAU

Kalau Pak Lah dan Perdana Menteri sebelumnya semasa baru-baru memerintah Malaysia dahulu mendapat sokongan padu majoriti rakyat Malaysia, pemimpin One Malaysia memang bernasib malang apabila tidak disenangi majoriti rakyat Malaysia.
Maka tidak hairanlah BN yang dipimpin Najib tewas pada semua Pilihanraya Kecil di Semenanjung Malaysia selepas PRU 12 Mac 2008. Memang layak Najib dipanggil Bapa Kegagalan Malaysia.
Semalam media melaporkan bahawa 55 % pengundi di Malaysia tidak berpuas hati dengan prestasi Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.
Hanya 45 peratus pengundi yang berdaftar di Semenanjung Malaysia puas hati dengan prestasi Najib ketika negara berdepan dengan krisis kewangan global dan kemelut politik di Perak.
Dalam tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan Merdeka Centre dari 6-15 Mei lalu - membabitkan 1,067 pengundi berdaftar - ia bertanya secara khusus pandangan mereka terhadap prestasi Najib dalam bidang politik, ekonomi dan isu-isu sosial selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri keenam.
Masyarakat Cina, sebahagian besarnya tidak memberi respons, dengan 53 peratus enggan menjawab soalan, dan hanya 24 peratus menyatakan puas hati dengan prestasi Najib.
Manakala 53 % Pengundi Melayu puas hati dengan prestasi Najib.
Namun apa yang memeranjatkan ialah masyarakat India memberi sokongan terbesar - dengan 64 peratus puas hati dengan prestasi Najib - selepas mengambil alih dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kemelut di Perak, penangkapan di bawah Akta Hasutan dan pembebasan pemimpin Hindraf serta merebaknya virus influenza A (H1N1) adalah antara perkara yang diambil kira dalam tinjauan pendapat ini.
Tidak syak lagi tinjauan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia majoritinya tidak yakin dengan pemeritahan Najib yang ternyata lebih zalim, mempunyai imej yang buruk dan gagal menyelesaikan masalah keselamatan, ekonomi, kemelut politik dan lain-lain.

Comments

Tak benci, bukan nya benci.
Chuma mau tendang dia dan isterinya keluar.
Kalau chuma dapat 45 % , dah gagal dah.
Seperti mana yang dikatakan oleh Blogger Tukar Tiub- kalau ambil SPM dapat 45 % maknanya gagal dah.
45 % , universiti apa boleh masok? Univesiti Sintok?

45 % , bolih di cadangkan masok Guiness Book record dan ripley's believe it or not.
Chuma di malaysia najib boleh di jadikan PM.
Berita amat malu
zakaria @ black said…
Golongan kafir dan mengamal bible pas je yang benci islam seperti najib..