.

.

22 August 2013

HAKIM TANGGUH KEPUTUSAN BANTAH PETISYEN BN UNTUK DUN BUKIT BARU

Hakim Mahkamah Pilihanraya hari ini menangguhkan keputusan bantahan PAS terhadap petisyen BN bagi Dun Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil kepada 5 September depan.

Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim tersebut membuat keputusan tersebut sebentar tadi. Perbicaraan berlangsung di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh bermula jam 10.00 pagi.

Pasukan peguam BN diketuai oleh Datuk Hafarizam Harun manakala PAS diwakili oleh Zulkhairi Mohamad.

Antara pimpinan PR yang hadir di mahkamah hari ini ialah Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan calon BN yang tumbang di Parlimen Bukit KatiL,Mohd Ali Rustam.


No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter