PTPTN KAN ADO !!!!!!!!!!!!!11

Hadiah untuk peminjam-peminjam PTPTN yang telah mengundi BN pada PRU 13 lalu ialah blacklist melalui CCRIS ...........PR tawar untuk hapuskan PTPTN tak mau ........sekarang BN beri hadiah ini.

Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membukti kerajaan tidak prihatin serta menzalimi golongan muda yang telah tamat belajar.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan sepatutnya lebih peka kepada permasalahan mereka yang sukar mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian sehinggakan gagal membayar pinjaman PTPTN.

"Saya melihat keputusan kerajaan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar, kalau sebelum ini kita dari Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN bagi membantu golongan pelajar.

"Tetapi tindakan kerajaan ini jelas menzalimi golongan pelajar, mereka perlu dibantu bagi mencari jalan penyelesaian untuk meringankan beban hutang PTPTN tetapi sebaliknya berlaku," jelasnya ketika ditemui di Gombak semalam.

Beliau berkata kerajaan juga tidak memikirkan langkah yang proaktif bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada golongan pelajar sebaliknya merasakan CCRIS jalan terbaik kepada golongan tersebut.

Dalam satu kenyataan semalam, PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar bermula bulan ini.

Tindakan tersebut turut dipersetujui Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang berkata CCRIS langkah terbaik untuk mereka yang gagal membayar PTPTN.

Comments