ISU KAPAL SELAM : NAJIB JADI SAKSI TAK DAPAT LARI?


Perdana Menteri, Najib Razak kemungkinan besar tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi saksi perbicaraan berkaitan komisen pembelian kapal selam Scorpene. Kalau di Malaysia ada saksi yang boleh mengetepikan sapina mahkamah tetapi di Perancis belum tentu mereka yang disapina boleh melarikan diri dari menjadi saksi.


Jika Najib benar-benar terpaksa menjadi saksi kes ini kemungkinan besar ia akan mempengaruhi landskap politik Malaysia. Antara kemungkinannya PRU 13 mungkin ditangguhkan sehingga tahun depan; Najib mungkin terpaksa memberhentikan dirinya sendiri dari jawatan Perdana Menteri; jawapan kepada isu pembunuhan Altantuya juga mungkin terungkai. Sehingga kini tiada siapa tahu mengapa Altantuya dibunuh oleh pembunuh.


NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya supaya kenyataan saksi diterima sebelum siasatan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia pada 2002.

military malaysia navy french built submarine scorpene classPengarah Suaram Kua Kia Soon, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).

Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.

Ketika dihubungi, Gabriel berkata, pasukan meeka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire - satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu - yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapat dakwaan sogokan itu.

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielKatanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawatan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami," tegasnya.


Kenyataan ini dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini. 

Comments