ISA : KELUAR MULUT RIMAU MASUK MULUT BUAYA

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini tiada bezanya undang-undang lama Akta Keselamatan Dalam Negeri 1964.

Bercakap dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Anwar berkata undang-undang itu juga lebih menekan dan mempunyai lebih banyak ruang untuk disalahgunakan.

Anwar secara khususnya mempertikaikan peruntukan dalam rang undang-undang tersebut yang membenarkan timbalan pendakwa raya memohon secara lisan kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditahan mengikut cadangan undang-undang itu.

Beliau mempertikaikannya kerana hakim diwajibkan untuk mempersetujui permohonan lisan berkenaan.

Mengikut ISA, menteri dalam negeri berkuasa mengikut budi bicaranya untuk melanjutkan tempoh penahanan, atas permohonan polis.


Jadi bolehlah kita katakan bahawa ISA hapus tetapi undang-undang baru lebih teruk. Kita pun tahu BN tidak akan semudah menghapuskan ISA kecuali ianya memberikan keuntungan kepada kerajaan BN. Keluar mulut rimau masuk mulut buayalah nampaknya.

Comments