Apakah Sekolah Mengandung mampu mengekang maksiat zina dan gejala buang anak.?

Diberitakan sudah 5 pelajar mendaftar untuk menjadi penghuni sekolah tersebut. Persoalan yang saya sering timbulkan sejak idea penubuhan sekolah ini ialah adakah ianya mampu mengekang maksiat zina dan gejala buang bayi.

Sekolah mengandung ini sebenarnya hanyalah tempat untuk membela remaja hamil yang memalukan keluarga kerana hamil luar nikah. Bagaimana dengan wanita-wanita lebih umur yang mengandung luar nikah yang juga mungkin membuang anak tersebut di merata tempat.

Sekolah Mengandung bukanlah sebenarnya jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah zina dan gejala buang anak. Ianya hanyalah sekadar mengurangkan gejala pembuangan bayi tetapi tidak membasmi maksiat zina dan persetubuhan haram.

Bagi saya apa yang paling penting ialah kerajaan negeri mesti mencegah kemungkaran dengan menutup semua tempat-tempat maksiat dan menghentikan semua program maksiat yang menjuruskan kepada pergaulan lelaki dan perempuan.

Comments