RAKYAT HARAP KERAJAAN PR PULAU PINANG BERBEZA DENGAN BN DAHULU


AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mengingatkan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya tidak mengambil ringan isu pengusiran orang Melayu dari kampung mereka di Pulau Pinang kerana penduduk kampung Melayu tidak mempunyai perumahan alternatif apabila mereka dikeluarkan dari tanah mereka.

Tetapi, kata Mazlan, bukan tanah persendirian sahaja yang berhadapan dengan masalah pengusiran.



Beliau memetik kes Kg Selut di Sg Pinang di mana penduduk menghadapi pengusiran dari tanah kerajaan negeri.

Mazlan mempersoalkan peranan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat yang mendiami tanah kerajaan negeri selepas mereka diusir dari tanah tersebut.



Beliau berkata pihaknya mengetengahkan isu-isu tersebut untuk mengukuhkan kerajaan negeri dan untuk memastikan ia tidak meneruskan legasi BN yang didakwanya mengusir penduduk kampung Melayu.
Menurutnya tujuan beliau dan Lajnah Tanah PAS membangkitkan isu ini adalah untuk melindungi integriti kerajaan negeri di bawah PR supaya dakwaan bahawa kerajaan BN sebelum ini sering menzalimi penduduk Melayu tidak terpalit kepada PR pula. 

Mazlan juga mengeluh kerana mendakwa sukar bagi pemimpin parti itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kes-kes pengusiran penduduk kampung Melayu.

Katanya, itulah yang membawa kepada ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim di muktamar PAS di Batu Pahat pada 19 September.

Sebagai menyokong dakwaannya itu, Mazlan (kiri dalam gambar) memetik kes Kg Mutiara di Teluk Bahang di mana pemimpin PAS cuba berjumpa Lim untuk membincangkan kes pengusiran penduduk kampung itu sejak 23 Julai tahun lepas.

Mazlan berkata pihaknya telah menghantar surat lebih setahun lalu tetapi sehingga hari ini masih gagal untuk bertemu dengan Lim berhubung kes tersebut.

Mazlan menunjukkan surat tersebut kepada wartawan dalam satu sidang media di Pulau Pinang.

Pihaknya telah mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan Lim tetapi gagal, katanya, sambil menambah bahawa ianya sama seperti semasa pentadbiran bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon - KM semasa pentadbiran BN.

Oleh itu, katanya, adalah tidak benar bahawa PAS tidak menggunakan saluran yang betul atau tidak membangkitkan itu itu secara dalaman terlebih dahulu, sebelum menimbulkannya secara terbuka seperti yang didakwa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga hari ini, katanya, mereka masih tidak dapat bertemu dengan Lim.

Oleh itu, perkara tersebut telah dibawa ke muktamar, katanya, sambil menegaskan bahawa DAP dan PKR juga mempunyai kongres tahunan masing-masing di mana mereka membangkingkan masalah rakyat.

Jadi mengapa PAS tidak boleh PAS berbuat demikian, tanya Mazlan.

Mazlan, bagaimanapun, mengakui bahawa pemimpin parti telah bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Rashid Hasnon, bekas TKM Datuk Mansor Othman dan seorang ahli Exco negeri Abdul Malik Kassim untuk membincangkan isu 'Tanah wakaf.
Di harapkan Lim Guan Eng dapat meluangkan masa sedikit bertemu dengan penduduk-penduduk Melayu bagi mendengar keluhan dan rintihan mereka. Ini sangat penting dari segi kebajikan rakyat. Malah ia juga penting dari segi politik kerana jika sekiranya beliau terus membisu dan tidak menjaga kebajikan rakyatnya sudah tentu beliau akan dicap anti Melayu dan kuku besi seperti yang didakwa oleh lawan politik PR yang menjadikan isu ini sebagai isu perkauman. 

Sumber mKINI

Comments