PIMPINAN PAS KAWASAN LAWAT BEKAS CALON DAP MENINGGAL

Malam tadi beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil menziarahi keluarga Mendiang Koh See Choon bekas calon DAP Dun Kelang pada PRU 2004 dan 2008. Rombongan PAS Kawasan tiba di kedai yang menempatkan jenazah beliau di Banda Kaba kira-kira jam 10.10 malam.Rombongan PAS Kawasan disambut oleh Adun Bachang, YB Lim Jak Wong, keluarga mendiang dan sahabat handai beliau.


Mendiang Koh meninggal pada hari Ahad ketika tidur di Seremban . Beliau yang berumur 37 tahun meninggalkan seorang balu dan anak yang berumur 1 bulan.


Yang Dipertua PAS Kawasan dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Yassim Musa mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan menghulurkan sedikit derma dari PAS Kawasan.


Turut berada di kedai tersebut ialah Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him. Rombongan PAS Kawasan turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan iaitu Tuan Haji Mohd Diah Abdul, Tuan Haji Salim Tahir, Cikgu Kamaruddin Aziz dan Tuan Haji Jaya Mohammad.

Comments