UMNO BIADAP CEROBOH PEJABAT PAS

Umno dengan biadap menceroboh dan merampas Pejabat PAS Bukit Baru Dalam minggu lalu. Tanpa membuat sebarang surat perjanjian dengan tuan rumah, Umno terus menceroboh rumah yang di sewa oleh PAS Cawangan Bukit Baru walaupun kontrak PAS Cawangan tuan rumah masih ada hingga hujung tahun ini.

Umno membayar RM500 kepada tuan rumah sebagai deposit tanpa sebarang surat perjanjian. Selepas tanpa segan silu mereka terus menanggalkan bendera PAS dan papantanda pada rumah yang dijadikan pejabat PAS Cawangan. Seterusnya Umno mengecat dinding yang mempunyai lambang bulan dengan cat putih.

PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Bukit Baru telah membuat laporan Polis di atas pencerobohan ini. PAS juga akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yaasin pada Khamis malam Jumaat ini.

Jelas sekali Umno Bahagian Bukit Katil begitu terdesak sehingga melakukan pelbagai gerakerja yang tidak bertamadun dan zalim. Mereka mengganggu setiap ceramah PAS, menggunakan kuasa kerajaan negeri untuk merobohkan surau dan PASTI dengan alasan pengambilan tanah, menceroboh Pejabat PAS Bukit Baru dan lain-lain.

Comments

Anonymous said…
mmg BIADAP..puak ni bkn heran undang2..depa buat pa pn boleh lps...tu yg naik tocang lg..
SiamangBukit said…
Orang PAS memang jahat dan penipu. SUkar putar belitkan fakta.
lee kee tam said…
Mereka ade duit & kuasa........kite kena cari alternatif lain..ape kate kita sewa bangunan kat maim...byk kedai kosong...klu bleh sebelah pjbat peguatkuasa agama islam melaka...
ahmadnafiah said…
Salam, Cuba tuan semak adakah pejabat UMNO ditapak bergeran atau pun di tanah rizaf kerajaan, selalunya, mereka ini kalau kalau baru kita tahu dimanakan kedudokan pejabat mereka, contoh di
selangor, pejabat mereka diPj x bayar cukai pintu beratus ribu.
Anonymous said…
hahaha. aku tahu sebab pa..sebab bila pas buat event ja org UMNO rasa tgugat..mereka akan tetibe buat event juga kt kawasan bdekatan...alahai umah usang tu pon leh jadi rebutan..

p la menyewa tempat lain lg selesa..


-anakjatidunbukitbaru.