GANGGU CERAMAH PAS, UMNO TIDAK BERTAMADUN

Timbalan Ketua Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab kesal dengan sikap Umno Bahagian Bukit Katil pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang terus berperangai kebudak-budakan mengganggu ceramah PAS tanpa rasa malu dan segan.

"Sejak beberapa bulan yang lalu Umno Bahagian Bukit Katil sentiasa mengadakan ceramah di sebelah ceramah PAS semata-mata untuk mengganggu rakyat yang datang untuk mendengar ceramah PAS/PR".

"Tindakan mereka ini benar-benar tidak matang dan tidak professional serta membuktikan bahawa mereka takut kepada bayang-bayang sendiri" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Yusof berkata jika mereka benar-benar handal dan kuat mengapa mereka mengganggu ceramah PAS dengan mengadakan ceramah di sebelah ceramah PAS.

"Apa salahnya kalau mereka mengadakan ceramah sehari sebelum atau selepas ceramah kita untuk menjawab segala isu dan fakta yang dikemukakan oleh penceramah kita".

"Atau lebih manis dan professional kalau mereka boleh datang berceramah di atas pentas yang sama dengan PAS supaya rakyat dapat menilai siapa yang mempunyai hujah dan fakta yang benar dan bernas". tambah Yusof.

Menurut Yusof, Mohd Ali sendiri sebenarnya tidak berani untuk berdepan dengan PAS dengan disaksikan oleh rakyat, sebab itulah sehingga ke hari ini Mohd Ali tidak menyahut kesediaan PAS untuk berdebat dengan beliau.

"Ali sendiri yang mencabar PAS berdebat, tetapi bila Pesuruhjaya PAS Negeri bersedia untuk berdebat walau di mana dan bila-bila masa sahaja, Ali diam seribu bahasa".

"Inilah standard Ketua Menteri kita, yang hanya berani menghentam dan memfitnah PAS dan pimpinan PAS dari jauh, bila diajak berceramah dan berdebat takut dan kecut" kata Yusof.

Beliau mengulangi cabaran kepada Mohd Ali untuk berdebat dengan PAS atau berceramah di atas pentas yang sama dengan penceramah PAS bagi merungkaikan segala kekeliruan rakyat tentang isu Sekolah Harapan, Melaka Maju 2010 dan sebagainya.

Selain itu beliau menggesa pihak Polis supaya menghalang Umno mengadakan ceramah di tempat awam tanpa permit kerana perkara yang sama akan dilakukan kepada PAS jika berbuat demikian.

"Kita hanya mengadakan ceramah di premis kita sendiri tetapi Umno mengadakan ceramah di tempat awam, Polis jangan bersikap 'double standard" tegas Yusof.

Comments

ahmadnafiah said…
Salam mereka menggangu ceramah PAS itulah tanda-tanda mereka akan kalah pada pru ke 13 nanti Insya Allah, mohon pas Melaka kerja lebih kuat dan bersistemitik lagi,
Usah dihiraukan gangguan mereka angaplah gangguan syaitan yang tak senang melihat islam diminati teruskan perjuangan dan bulatkan tekad