ANAK DERHAKA : CALON PAS MERLIMAU DIFITNAH

Calon PAS Dun Merlimau, Haji Yuhaizad Abdullah difitnah kononnya beliau derhaka kepada ibunya kerana tetap mahu bertanding walaupun beliau tidak mendapat restu ibu.

Terbukti Haji Yuhaizad telah difitnah secara terang-terangan kerana sehari sebelum namanya diumumkan sebagai calon, petugas penerangan telah menziarahi rumah ibunya di Kampung Chinchin kami melihat sendiri ibunya memeluk, mencium dan merestui calon PAS itu masuk bertanding menentang Umno.

Ibunya sendiri amat merestui beliau bertanding kerana ibunya faham bahawa Haji Yuhaizad sudah lama berjuang bersama PAS sejak dari zaman remaja.

Umno/BN terbukti tidak mempunyai isu sehingga sanggup membuat fitnah yang langsung tidak berasas. Sampai bila agaknya Umno mahu menggunapakai stail politik murahan sebegini?

Comments

suhaili said…
sehingga pas berkubur kot?
En Azman said…
PRK Merlimau: masih ada ‎2 Rumah Penginapan di Jasin utk disewa. 0123736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/
Anonymous said…
umno sudah tak kira. sama ada rakyat terasa diperbodohkn atau tak, mereka tetap dgn agenda lapuk mereka.

tenang.merlimau.kerdau. satu percaturan cantik untuk PRU 13 akn dtg. Ada sesuatu yg Allah mahu tunjuk.

perancgn lebih besar untuk ini.
Johor.Melaka.Pahang. hum..