MUKTAMAR PAS : SIAPA PIMPINAN PILIHANKU???

Setiap menjelang muktamar PAS yang ada pemilihan maka sudah tentu macam-macam pertanyaan dari kawan-kawan akan timbul. Saya tidak ingat ini kali ke berapa saya diberi hak untuk memilih kepimpinan PAS.

Sejak dari umur belasan tahun lagi saya mula menghadiri muktamar PAS. Jarang sekali saya 'miss'. Ada sekali dua saya 'termiss' disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Antaranya Arwah Pak Mertua sakit tenat dan meninggal ketika hari muktamar pada tahun 2010.

Kali ini jika tiada aral melintang saya sekali lagi akan menunaikan hak untuk memilih kepimpinan. Seperti tahun-tahun sebelumnya saya telahpun menetapkan siapa pimpinan yang akan saya pilih khususnya untuk posisi Timbalan dan Naib-Naib Presiden. Untuk posisi Presiden saya tiada pilihan terpaksa memilih Presiden sekarang DS TGHH.

Kali ini agak ramai yang dicalonkan untuk posisi Timbalan dan Naib Presiden. Sayangnya ramai yang menarik diri. Mengapa mereka menghampakan kami yang mencalonkan mereka. Pihak Kawasan mencalonkan mereka itu atas dasar mereka berkeupayaan dan punya kredibiliti untuk memimpin. Tetapi mereka yang menarik diri ini nampaknya tidak menghormati pandangan dan syuro kami di peringkat akar umbi.

Sejarah telah membuktikan pimpinan PAS di zaman awal-awal perjuangan dahulu begitu menghormati pencalonan dari akar umbi. Kebanyakan mereka tidak akan menarik diri walaupun dicalonkan dengan lebih dari satu jawatan. Ada yang bertanding Timbalan, Naib Presiden dan AJK biasa sekaligus. Mereka tidak menarik diri kerana mereka sedang penghormatan yang diberi oleh akar umni wajar dihargai.

Untuk meringkaskan cerita ..........saya akan memilih pertama pemimpin bertaqwa, berakhlaq, komited dengan perjuangan, mempunyai pembacaan politik yang jauh dan terkini, tidak bermewah-mewah, teruji dengan pelbagai ujian, mempunyai visi dan misi yang relevan dan terkini, fikrah yang jelas, pejuang yang istiqamah susah dan senang, bukan naik dalam parti atas sebab-sebab tertentu, hubungan yang baik dengan akar umbi dan rakyat, boleh 'masuk' dengan semua orang, tidak 'agah' dan gedebe dan sebagainya.

Saya tidak berkempen untuk sesiapa ........namun sebagai perwakilan yang matang dan bijak, sudah tentu anda anda mempunyai neraca timbang tara sendiri..........

Comments