RANG DAFTAR PEMILIH : SEMAK JANGAN TAK SEMAK

SEMAK JANGAN TAK SEMAK - INI TUGAS INI BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN. JIKA TERDAPAT SEBARANG KEKELIRUAN ATAU SYAK WASANGKA SILA BANTAH BILA SPR MENGELUARKAN WRIT MASA BANTAHAN NANTI.

Rang daftar pemilih tambahan bagi suku tahun keempat 2009 mula dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sehingga Selasa minggu depan di 999 tempat pameran seluruh negara.

Ia akan dipamerkan di pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks atau pejabat kerajaan, pejabat daerah atau pejabat tanah, majlis daerah atau perbandaran, dewan serba guna, rukun tetangga, balai raya dan tempat-tempat lain.

SPR dalam satu kenyataan hari ini meminta semua warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang memohon pertukaran alamat pusat mengundi supaya untuk membuat semakan.

Mereka yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh hadir sendiri ke ibu pejabat SPR atau menelefon 03-88856500, pejabat pilihan raya, atau dengan melayari laman web SPR www.spr.gov.my

Comments