Kemenangan kumpulan Pro-mahasiswa (pro-M) dalam pilihanraya kampus di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuktikan mahasiswa semakin berani membebaskan diri mereka dari kongkongan dan ugutan pihak tertentu yang menggunakan kuasa untuk menakut-nakutkan mahasiswa.
Kalau sebelum mahasiswa kelihatan begitu takut untuk mengundi calon Pro-M, tetapi tidak kali ini. Kita mengharapkan kampus-kampus lain juga menuruti jejak langkah rakan-rakan mereka di UMT.
Sudah sampai masanya mahasiswa mengajar pihak pentadbir kampus yang saban tahun menggunakan kuasa mereka untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya kampus.
Selagi mahasiswa tidak berani membuat perubahan selagi itulah mereka akan diperbudak-budakkan oleh pihak berkuasa yang tidak malu berdepan dengan mahasiswa sedangkan mereka sepatutnya berlaku adil dan telus tidak berpihak kepada mana-mana golongan.
Kemenangan 11 daripada 12 kerusi oleh Pro-M membuktikan bahawa mahasiswa semakin peka kepada politik kampus. Mereka mula mengenali siapa sebenarnya pemimpin mahasiswa sejati bukannya pemimpin yang dicucuk hidung dan 'yes man'.
Mahasiswa mesti berani membuat perubahan walaupun terdapat halangan demi halangan oleh pihak pentadbiran dan 'tangan ghaib' yang tidak bertanggungjawab pada setiap kali pilihanraya kampus diadakan.
Comments