HENTIKAN PEMBIKINAN FILEM TAHYUL

Sejak akhir-akhir ini stesyen TV dan pembikin filem begitu berminat menayang dan membikin filem-filem tahyul dan seram. Mengapa dan kenapa mereka sukakan filem bercorak itu saya pun tidak pasti.
Namun ada pandangan menyatakan bahawa para karyawan filem dan drama gemar mengeluarkannya kerana adanya permintaan yang banyak atau dengan kata lain filem dan drama tersebut diminati ramai. Benarkah begitu?
Pada pendapat saya filem berunsur dan tahyul dan seram ini tidak memberikan manfaat malah ianya kadang-kadang menyelit unsur-unsur khurafat, tahyul yang bertentangan dengan Islam. Ianya juga memberikan impak negatif kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka menjadi penakut kerana ditanamkan dalam diri mereka bahawa hantu ada di mana-mana.
Jadi saya menggesa pihak berwajib supaya memberhentikan pembikinan dan penayangan filem dan drama bercorak negatif ini serta merta.

Comments