JASA SEBAT DUIT RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN BN

Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sememangnya adalah untuk kepentingan politik Umno/BN.
Pegawai-pegawainya terdiri dari orang Umno/BN yang ditugaskan untuk memastikan rakyat menyokong BN. Walaupun mereka berselindung di sebalik sebuah jabatan namun semua orang tahu siapa JASA sebenarnya.
Apa yang dimusyikilkan ialah JASA menggunakan duit rakyat untuk menjalankan aktiviti mengekalkan kuasa di BN menjadi kerajaan.
Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang membayar cukai tidak redha walau satu sen pun duit rakyat digunakan untuk kepentingan Umno/BN. Terpulanglah kepada mereka samada ingin terus mengeksploitasi JASA untuk kepentingan Umno/BN atau membubarkan JASA kerana penubuhannya bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan Umno/BN.
Insya Allah semua ini akan diadili bila tiba masanya nanti.
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) supaya memberi tumpuan bagi mengukuh dan mengekalkan kestabilan politik bagi membolehkan tercapainya gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Beliau berkata, usaha itu salah satu daripada lima isu penting yang harus ditangani bersama bagi mencapai misi jabatan berkenaan iaitu bagi meraih sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perhimpunan Kebangsaan Pegawai Jasa 2010 yang dihadiri pegawai berbilang kaum di Kuala Lumpur malam tadi.

Comments