PAK LAH BIJAK JERAT NAJIB, KU LI DAN MUHYIDDIN ~ Ref Malaysiakini

Dari riak-riak mutakhir nampaknya Pak Lah akan kekal sebagai Presiden Umno. Strategi Pak Lah yang memujuk Najib menjadi regunya untuk menentang regu-regu lain pada pemilihan kali ini dilihat mengena.

Najib pula seperti biasa mencari jalan selamat dengan bersetuju untuk tunduk pada pelan peralihan 2010.Mungkin Najib mengambil falsafah biar lambat asal selamat. Najib tahu jika beliau menentang Pak Lah kali ini belum tentu beliau boleh menang disebabkan Pak Lah masih berkuasa sebagai Presiden Parti. Kita tahu Najib bukanlah anak jantan. Beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda tanpa bertanding menggantika Anwar Ibrahim.

Jadi Najib akan mengekalkan tradisinya memegang sesuatu jawatan kalau biar tanpa bertanding kerana Najib tidak yakin dengan kebolehan sendiri. Maka kali ini sebenarnya Najib sekali lagi menzahirkan sifat sebenarnya iaitu bukan anak jantan.

Kalau lawan Pak Lah seperti Ku Li, Muhyiddin dan Mahathir bijak memukul canang Pak Lah juga bijak bermain cywar. Hari ini (semalam) Pak Lah dikhabarkan mendapat sokongan penuh dari semua bahagian di Pulau Pinang dan Kelantan. Jadi kalau sudah 2 negeri menyokongnya sudah pasti Pak Lah juga akan mendapat sokongan dari negeri lain kerana orang Umno biasanya Pak Turut.

Strategi Pak Lah menjerat Najib merupakan strategi yang paling ampuh mematikan langkah Muhyiddin yang terkial-kial mendesak pelan peralihan dipercepatkan. Muhyiddin tahu bahawa inilah peluang terakhir beliau untuk sekurang-kurangnya menjadi orang nombor dalam Umno selepas Pak Lah berundur sekarang. Malangnya Pak Lah tidak mahu berundur sekarang. Muhyiddin pun sudah terlanjur.

Jadi saya berpendapat karier Muhyiddin dan Ku Li akan berakhir selepas Pemilihan Umno Disember ini.

Comments