TEGAKKAN ISLAM ATAS RUNTUHAN JAHILIYYAH - MAT SABU ~ Ref Malaysiakini

Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohd Sabu menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menegakkan Islam di dalam kerajaan PR yang bakal ditubuhkan kelak.

Menurutnya hanya Islam yang dapat menjamin keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

'Jangan kita sekadar untuk menggantikan kerajaan jahilyyah yang akan diruntuhkan, cuma kerajaan yang bertukar tetapi dasar dan cara pentadbiran sama seperti kerajaan lama'.

'Sejarah telah membuktikan bahawa hanya kerajaan yang adil, telus dan tidak membazir akan disokong dan diterima oleh rakyat" kata beliau.

Menurutnya, dalam sejarah Islam pernah diceritakan bahawa satu demi satu negara kuasa besar jatuh ketangan Islam tanpa pertumpahan darah semuanya kerana rakyat yakin akan keadilan dan kebenaran Islam.

Pernah diceritakan bahawa ada orang yang mencari istana gabenor atau khalifah Islam tetapi mereka hampa kerana tidak menjumpainya kerana rumah pemimpin sama seperti rumah rakyat yang susah dan miskin.

Fakta-fakta inilah sebenarnya menyebabkan rakyat menghormati pemimpin dan akhirnya berbodong-bondong menyokong kerajaan Islam dan bernaung di bawah kerajaan Islam.

Hari ini, kata beliau terdapat pemimpin-pemimpin semacam ini antaranya Mahmoud Ahmedinejad, Hassan Nasrullah dan Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi. Kita lihat rumah pemimpin-pemimpin sama seperti rumah orang kampung biasa. Ini semua merupakan ciri seorang pemimpin Islam yang diwarisi dari Nabi dan Sahabat-sahabat nabi.

"Jika ramai pemimpin Islam seperti ini sudah tentu suatu hari ini orang bukan Islam juga selesa dan redha untuk bernaung di bawah kerajaan Islam" tambah beliau.

Mat Sabu juga memuji sikap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jelas lebig berjimat cermat dalam membelanjakan duit rakyat.

'Dalam lawatan saya ke pejabatnya bersama Presiden PAS, Guan Eng membelanjakan kami dengan nasi lauk ikan yang kecil dan telur yang harganya tidak sampai RM10.00.

'Bila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, Guan Eng menjawab saya tidak mahu membazirkan duit rakyat" kata Mat Sabu.

Inilah pemimpin yang perlu kita contohi tidak membazir dan sentiasa berhati-hati membelanjakan duit rakyat.

Malangnya kata beliau pemimpin BN yang memerintah sekarang terus membazirkan duit rakyat tanpa rasa gerun dan takut kepada Allah S.W.T.

Mat Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah Badar Al-Qubra di dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil. Ceramah anjuran PAS Negeri Melaka itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai. Turut berceramah bersama beliau ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan rakan sejawatnya dari Negeri Sembilan, Haji Zulkifly Mohamed Omar.

Comments

Unknown said…
pemimpin-pemimpin PAS,

tegakkan islam!!!

egghead telah menyalahgunakan islam untuk menangkapkan and mendiamkan RPK! ini akan memberikan kesan yang teruk atas nama islam kepada seluruh penduduk dunia...

saya meminta jasa baik pemimpin-pemimpin PAS supaya mengeluarkan penyataan yang tegas bahawa egghead telah menyalahgunakan islam sebagai alasan ke atas tangkapan RPK dan ini adalah perbuatan yang amat berdosa di dalam islam.

terima kasih.