9 OKTOBER TARIKH MULA PAK LAH DI'KUBUR'KAN ~ Ref Malaysiakini

Oleh kerana kedegilan Pak Lah tidak mahu meletakkan jawatan sendiri, maka besar kemungkinan beliau akan di'kubur'kan dari jawatan Presidennya apabila sebahagian besar perwakilan bahagian-bahagian hampir pasti tidak mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden. Mungkin untuk jawatan Pemeriksa Kira-kira tidak ada masalah untuk Pak Lah menang.

Dari makluman akar umbi yang disampaikan oleh Rafidah Aziz semasa baru-baru besar kemungkinan Pak Lah tidak akan dapat melepasi kouta minima pencalonan untuk membolehkan beliau mempertahankan jawatannya. Pak Lah hampir pasti tidak akan dapat sekurang-kurangnya 58 pencalonan itu had minima untuk membolehkan beliau bertanding. Namun saya kira jika Pak Lah memperolehi kurang dari 100 pencalonan Pak Lah sepatutnya menarik diri. Ini kerana jika beliau mendapat kurang dari 100 belum tentu beliau akan menang jika bertanding jawatan Presiden.

Dengan senario sebegini saya mencadangkan Pak Lah bertanding jawatan Pemeriksa Kira-kira atau Pengerusi Tetap, mungkin beliau boleh menang mudah.

Rata-rata ahli Umno akar umbi telah menyatakan ketidaksanggupan mereka untuk memperjudikan nasib dengan mengundi Pak Lah pada pemilihn ni.

Lihat sahaja bagaimana lembapnya Pak Lah menangani isu kegagalan BN mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Setelah 5 bulan PRU ke 12 lalu, Pak Lah gagal menarik rakyat supaya menyokong BN. Malah BN semakin teruk sebagaimana dibuktikan di Permatanh Pauh apabila majoriti Calon PR, Anwar meningkat dengan banyak.

Tidak syak lagi karier politik Pak Lah akan dikuburkan tidak lama dengan dek kerana keangkuhan, kelembapan dan kelekaan beliau selama ini.

Sementara itu sebanyak 191 bahagian Umno di seluruh negara sedang membuat persiapan untuk mengadakan mesyuarat masing-masing mulai 9 Oktober depan.

Selain memilih kepimpinan peringkat bahagian, mesyuarat kali ini amat penting kerana mereka akan membuat pencalonan bagi pemilihan jawatan tertinggi Umno Disember ini.

Pencalonan tersebut adalah bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kerusi Majlis Tertinggi (MT)

Di samping itu, mesyuarat bahagian kali ini juga akan memilih perwakilan yang akan mengundi dalam perhimpunan agung parti itu nanti.

Para perwakilan akan terdiri daripada enam pemegang jawatan utama bahagian yang juga dikenali sebagai G6 dan tujuh lagi akan dipilih dalam mesyuarat bahagian (G7).

Ini bermakna setiap bahagian akan menghantar 13 perwakilan untuk mengundi memilih pucuk pimpinan Umno Disember ini.

Mengikut perlembagaan parti, calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan, timbalan 20 peratus (38 pencalonan), naib presiden 10 peratus (19 pencalonan) dan MT 5 peratus (10 pencalonan).

Malaysiakini telah menghubungi kesemua 100 bahagian di Kedah, Wilayah Persekutuan, Perak, Selangor dan Johor dan mendapati 39 daripadanya telahpun menetap tarikh mesyuarat bahagian masing-masing.

Tarikh mesyuarat

Kedah mempunyai 15 bahagian, Wilayah Persekutuan (13), Perak (24), Selangor (22) dan Johor (26)

Sehingga hari ini, bahagian-bahagian yang menetapkan tarikh mesyuarat mereka ialah empat di Kedah, Wilayah Persekutuan (7), Perak (6), Selangor (9) dan Johor (14).

Bahagian di Kedah yang telah menetap tarikh mesyuarat ialah Pokok Sena dan Merbok (18 Oktober), Sik (25 Oktober) dan Padang Terap (11 Oktober).

Wilayah Persekutuan - Cheras, Bandar Tun Razak, Wang Maju dan Segambut (19 Oktober), Setiawangsa (25 Oktober), Kepong (26 Oktober), Labuan (16 Oktober).

Perak - Gopeng (26 Oktober), Bagan Serai (12 Oktober), Padang Rengas (18 Oktober) manakala Lenggong, Sungai Siput dan Tambun (19 Oktober).

Selangor - Shah Alam (12 Oktober), Kapar (18 Oktober), Kuala Langat (19 Oktober), Puchong (2 November), Sungai Besar (8 November), Kelana Jaya (9 Novemer) manakala Sabak Bernam, Petaling Jaya Utara dan Serdang (26 Oktober).

Manakala Johor pula - Tenggara (10 Oktober), Pagoh (12 Oktober), Batu Pahat dan Tebrau (18 Oktober); Kulai, Tanjung Piai dan Bakri (19 Oktober), Labis (25 Oktober); Kluang, Sri Gading, Pulai dan Johor Bahru (26 Oktober), Segamat (2 November) dan Pengerang (9 November).

Comments